Penumpang cemas enjin pesawat terbakar

Penumpang cemas enjin pesawat terbakar

Penumpang di India mengalami detik cemas apabila enjin sebuah pesawat terbakar semasa berlepas yang memaksa seramai 184 orang dipindahkan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Insiden itu melibatkan pesawat milik syarikat penerbangan IndiGo pada Sabtu lalu. Kejadian berlaku semasa pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi menuju ke ibu negeri Kartanaka, Bangalore.

Kebakaran mula dikesan ketika pesawat itu bergerak di landasan, menyebabkan juruterbangnya bertindak pantas dengan membatalkan perlepasan.

Rakaman oleh penumpang menunjukkan api berwarna jingga muncul di bahagian enjin pesawat.

Penumpang turut melaporkan terdengar bunyi letupan kuat sebelum melihat kebakaran berlaku.

Tiada penumpang dilaporkan cedera, manakala pesawat IndiGo itu dapat dikosongkan dengan selamat.

Menurut seorang penumpang, pesawat itu sedang bergerak laju dan hampir berlepas sebelum kebakaran berlaku.

“Semua orang cemas. Saya tidak tahu berapa ramai orang melihat enjin pesawat terbakar kerana ramai penumpang terdiri daripada warga emas dan kanak-kanak duduk di barisan tersebut,” katanya.

Syarikat penerbangan IndiGo berkata, pesawat tersebut mengalami masalah teknikal, justeru, juruterbang membatalkan prosedur berlepas.

“Semua penumpang dan kru berada dalam keadaan selamat. Sebuah pesawat alternatif kemudian membawa semua penumpang yang terkandas serta berlepas pada pukul 12.16 tengah malam,” kata syarikat tersebut. K Online

Penumpang cemas enjin pesawat terbakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker