David vs Goliath di Tapah

#PRU15

David vs Goliath di Tapah

Pertarungan “David vs Goliath” dijangka di kerusi Parlimen Tapah apabila naib presiden PKR yang kurang dikenali, K Saraswathy menentang Timbalan Presiden MIC M Saravanan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pakatan Harapan (PH) mengumumkan pencalonan peguam kelahiran Pulau Pinang itu malam tadi, dan Barisan Nasional (BN) berkemungkinan besar menamakan menteri sumber manusia itu sebagai calon di kerusi berkenaan buat kali keempat pada PRU.



Di Tapah, bilangan pengundi India paling sedikit dari segi pecahan kaum, malah kurang daripada Orang Asli.

Saraswathy, calon pilihan raya kali pertama, yakin dapat merampas kerusi majoriti Melayu itu untuk PH, manakala Saravanan, yang menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal, lebih suka menganggap dirinya “underdog” jika BN mencalonkannya bertanding di kerusi itu.

“Tiada pilihan raya yang mudah sekarang dan saya tak akan ambil mudah sesiapa saya yang menentang saya (pada PRU). Tetapi, rakyat boleh lihat rekod prestasi saya selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen. Tapah pada asasnya ialah kerusi luar bandar, dan kita tak boleh bina menara berkembar di sana.

“Bagaimanapun, sudah ada institut latihan dan universiti di sana selepas saya jadi Ahli Parlimen pada 2008. Saya luangkan masa di kawasan itu pada kebanyakan hujung minggu dan jalankan program yang menguntungkan rakyat. Sudah tiada masalah sosial di sana sekarang,” katanya kepada FMT.



Pengundi di kawasan itu terdiri daripada 28,000 orang Melayu, 14,000 Cina, 9,700 Orang Asli, dan 8,500 India.

Saravanan mendakwa beliau mengenali nama semua keluarga di sana, walaupun kawasan tersebut sukar dilalui, dengan 55 penempatan Orang Asli dan 40 kampung.

“Bentuk muka bumi di beberapa kawasan memang mencabar dan kami hanya boleh capai menggunakan motosikal. Bukan mudah untuk seorang pendatang baharu melakukan semua ini dalam masa dua minggu.

“Saya alu-alukan pencabar, asalkan mereka jalankan kempen yang sihat dan tak guna taktik yang tidak adil,” katanya.



Saraswathy, seorang peguam terlatih di UK dan pemegang ijazah sarjana, berkata beliau akan menumpukan kepada usaha memerangi politik wang dan penyalahgunaan kuasa dan kedudukan.

“Sebagai contoh, Saravanan anjurkan karnival kerjaya di Tapah. Walaupun ia program kementerian, wajahnya terpampang umpama berkempen secara halus. Dana kerajaan digunakan untuk publisiti pilihan raya.

“Pengundi kini lebih matang dan dapat lihat dengan jelas penyalahgunaan kuasa sebegitu oleh pemimpin BN. Saya yakin dapat atasi segala halangan dan rampas kerusi itu untuk PH,” katanya kepada FMT, sambil berjanji akan berpindah ke Tapah jika dipilih. FMT

David vs Goliath di Tapah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker