Tragedi Halloween Saksi cuba beri bantuan pernafasan tetapi mangsa sudah mati
Tragedi Halloween : Beberapa pengunjung yang berada di sekitar lokasi rempuhan di daerah Itaewon, Korea Selatan, menceritakan detik cemas ketika diminta memberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa insiden tersebut meskipun tidak pernah melakukannya sebelum ini.
Menurut laporan Badan Penyiaran Britain (BBC), seorang pelancong Sepanyol dikenali sebagai Ana dan rakannya, Melissa dari Jerman, berada di sebuah bar bersebelahan lokasi berlakunya rempuhan di Itaewon.
Ketika mahu meninggalkan premis itu sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan), mereka melihat ambulans tiba dan anggota polis berlari-lari sambil meminta orang ramai memberi laluan untuk membawa mayat dan individu yang cedera.
“Mangsa begitu ramai sehinggakan mereka meminta pengunjung melakukan CPR. Jadi, semua orang mula membantu termasuk dua rakan kami yang sememangnya tahu melakukan bantuan tersebut.
“Tiga minit kemudian, mereka (rakan-rakan) datang kembali sambil menangis dan berada dalam keadaan trauma. Ini kerana mereka telah cuba menyelamatkan lima atau enam orang dan kesemua mangsa meninggal dunia di pangkuan mereka,” kata Ana.
Tambah Ana, dia kemudian membantu dua mangsa dan memberikan bantuan CPR dengan mengikuti arahan diberikan kerana tidak pernah melakukannya sebelum ini.
“Mereka memberitahu saya mengenai bagaimana cara untuk memegang kepala dan membuka mulut mangsa.
“Saya telah cuba menyelamatkan mereka, namun kedua-duanya meninggal dunia. Kebanyakan mangsa yang dibawa untuk diberikan bantuan CPR sudah tidak bernafas, jadi, tiada apa-apa yang boleh kami lakukan,” ujarnya.
Beribu-ribu pengunjung dengan kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 20-an berkumpul di Itaewon dengan memakai kostum Halloween, Sabtu malam ketika penduduk Korea Selatan akhirnya dibenarkan berparti selepas lebih dua tahun menjalani sekatan Covid-19.
Sambutan tersebut bagaimanapun bertukar tragedi apabila 154 orang mati dan lebih 130 lagi cedera ketika pengunjung saling menolak sehingga menyebabkan ramai mengalami sesak nafas akibat dipijak dan dirempuh. – Agensi
Baca Artikel Menarik:
- Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu
- Rasa tiada harga diri jika kekal dalam perkahwinan – Ziana Zain
- Gelak Kak Lina serupa ‘Mak Lampir’
- Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan
- PKR hipokrit bila 2 menteri besar bertanding Parlimen – Asyraf
- Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
- Rosakkan kolam Deepavali, lelaki dikecam
- Pemuda PH kata kali ini manifiesto adalah ‘Kitab Suci’, cukuplah sekali kena ‘kencing’
- Ahli PAS yang sayangkan MN sokong BN tolak PN – Dr. Khairuddin Aman Razali
- Amanah gigit jari, selepas Jerai, Changkat Jong pula jadi habuan DAP
- Naib Presiden Bersatu, Rafiq Naizamohideen sah letak jawatan keluar parti
- Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang
- Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9