Tiada lagi larangan pakai sari, ceongsam ke konvokesyen UKM
Tiada lagi larangan pakai sari, ceongsam ke konvokesyen UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia telah menarik semula garis panduan kod pakaian majlis konvokesyennya, susulan kenyataan awal yang melarang hadirin daripada memakai sari atau ceongsam.
Garis panduan baharu itu kini menyatakan bahawa graduan dan tetamu kini boleh memakai “baju kebangsaan” dan tidak menyatakan jenis yang dibenarkan atau dilarang.
Mengikut garis panduan baharu itu, graduan wanita mesti memakai “baju kebangsaan / baju kurung / lounge suit / pakaian berlengan panjang berserta kain labuh atu berseluar panjang warna gelap sehingga ke paras buku lali yang sopan, bertutup penuh dan bersesuaian untuk protokol majlis rasmi dan istiadat konvokesyen.”
Graduan lelaki pula kini dibenarkan memakai sebarang bentuk “baju kebangsaan / lounge suit / kemeja lengan panjang berserta tali leher dan seluar panjang warna gelap sehingga ke paras buku lali yang sopan, bertutup penuh dan bersesuaian untuk protokol majlis rasmi dan istiadat konvokesyen”.
Sebelum ini, garis panduan bergambar untuk graduan wanita memaparkan sari dan ceongsam tidak dibenarkan manakala pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan baju kebaya adalah dibenarkan.
Pakaian lain yang tidak dibenarkan termasuk blaus tanpa lengan, skirt singkat berbelah, seluar jeans dan kemeja-T.
Garis panduan bergambar itu juga menyatakan bahawa graduan lelaki mesti memakai sama ada lounge suit, baju Melayu bersampin atau baju lengan panjang bertali leher dan berseluar gelap.
Garis panduan itu kemudian dipadamkan tanpa sebarang notis daripada laman web UKM susulan bantahan yang meluas di media sosial.
Universiti itu juga membisu berhubung permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan. Mk
Tiada lagi larangan pakai sari, ceongsam ke konvokesyen UKM
Baca Artikel Menarik:
- Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu
- Rasa tiada harga diri jika kekal dalam perkahwinan – Ziana Zain
- Gelak Kak Lina serupa ‘Mak Lampir’
- Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan
- PKR hipokrit bila 2 menteri besar bertanding Parlimen – Asyraf
- Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
- Rosakkan kolam Deepavali, lelaki dikecam
- Pemuda PH kata kali ini manifiesto adalah ‘Kitab Suci’, cukuplah sekali kena ‘kencing’
- Ahli PAS yang sayangkan MN sokong BN tolak PN – Dr. Khairuddin Aman Razali
- Amanah gigit jari, selepas Jerai, Changkat Jong pula jadi habuan DAP
- Naib Presiden Bersatu, Rafiq Naizamohideen sah letak jawatan keluar parti
- Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang
- Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9