Lim Guan datang lagi dengan janji tiada tol di Lebuhraya Utara Selatan

#PRU15

Lim Guan datang lagi dengan janji tiada tol di Lebuhraya Utara Selatan

Pengerusi DAP Lim Guan Eng berjanji tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) akan dimansuhkan jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Pada majlis makan malam kempen sebelum PRU15 di Jelapang, Perak, semalam, Lim berkata, PH telah mengurangkan bayaran tol untuk lebuh raya itu sebanyak 18% semasa ia memerintah selama 22 bulan.



Menurut China Press, bekas menteri kewangan itu berkata, PH “boleh memansuhkan tol” di lebuh raya jika ia mendapat masa lima tahun lagi menjadi kerajaan.

Lim sebelum ini dipetik berjanji perkara yang sama pada 2017, sebelum kemenangan bersejarah PH pada 9 Mei 2018.

Pemansuhan tol di lebuh raya adalah antara janji gabungan itu untuk PRU 2018, dengan PH berkata, ia akan dilakukan “secara berperingkat”.

Rakyat Malaysia terutama pengundi jangan termakan lagi dengan janji-janji mereka. Bukti jelas bila mereka menjadi kerajaan tiba-tiba manifesto bukan menjadi kitab suci. Maknanya apa saja janji tak semesti ditepati mereka.



Lim Guan datang lagi dengan janji tiada tol di Lebuhraya Utara Selatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman



Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker