Senarai calon BN NS tular tidak benar
#PRU15
Senarai calon BN NS tular tidak benar
SEREMBAN – Senarai nama calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang tersebar adalah tidak benar.
Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim berkata, ini kerana senarai nama untuk kesemua calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di negeri ini masih belum dimuktamadkan.
“Saya menafikan senarai itu. Ini kerana belum ada lagi keputusan rasmi daripada Ibu Pejabat UMNO.
“Jadi sebaiknya kita tunggu saja pengumuman rasmi semua calon BN yang saya difahamkan akan dibuat oleh pimpinan parti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada esok (Selasa),” katanya.
Mustafa memberitahu, disebabkan senarai nama yang tidak benar itu, terdapat beberapa pemimpin UMNO negeri ini yang datang berjumpanya untuk mendapatkan kepastian.
Ujar Mustafa, mereka dinasihatkan untuk bertenang namun perlu akur apa sahaja yang akan diputuskan oleh parti.
“Esok (Selasa) akan jadi keputusan sebenar. Bagi pandangan saya apa yang akan diputuskan itu nanti adalah yang terbaik dan kita sebagai ahli parti perlu akur.
“Kita jangan melihat atas dasar individu tapi atas dasar parti. Itu yang penting jika kita mahu menang dalam PRU15 ini kerana parti telah melihat dari pelbagai aspek sebelum meletakkan calon,” katanya.
Berdasarkan senarai yang tular, nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini disebut kemungkinan bertanding di Port Dickson, Kuala Pilah atau Tampin tiada dalam senarai.
Nama penyandang Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif juga tidak disenaraikan dan diganti dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli.
Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias kekal di Parlimen Jelebu manakala Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disenaraikan bertanding di Parlimen Rembau.
ADUN Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan disenaraikan sebagai calon Parlimen Kuala Pilah dan ADUN Gemas, Abdul Razak sebagai calon Parlimen Tampin.
Turut disenaraikan Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Siew Koi Voon sebagai calon Parlimen Seremban; Ketua MCA, Ng Kian Nam kekal sebagai calon Parlimen Rasah dan Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk L Manickam di Parlimen Port Dickson. SInar
Senarai calon BN NS tular tidak benar
Baca Artikel Menarik:
- Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu
- Rasa tiada harga diri jika kekal dalam perkahwinan – Ziana Zain
- Gelak Kak Lina serupa ‘Mak Lampir’
- Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan
- PKR hipokrit bila 2 menteri besar bertanding Parlimen – Asyraf
- Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
- Rosakkan kolam Deepavali, lelaki dikecam
- Pemuda PH kata kali ini manifiesto adalah ‘Kitab Suci’, cukuplah sekali kena ‘kencing’
- Ahli PAS yang sayangkan MN sokong BN tolak PN – Dr. Khairuddin Aman Razali
- Amanah gigit jari, selepas Jerai, Changkat Jong pula jadi habuan DAP
- Naib Presiden Bersatu, Rafiq Naizamohideen sah letak jawatan keluar parti
- Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang
- Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9