Peluang terbaik tamatkan era DAP di Sibu

#PRU15

Peluang terbaik tamatkan era DAP di Sibu

SIBU – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menawarkan peluang terbaik buat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menamatkan era pembangkang di kawasan Parlimen Sibu.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Disember lepas, GPS akan berjaya kali ini.

Kecuali Bawang Assan, beliau berkata, GPS telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dan Pelawan di bawah kerusi Parlimen Sibu, justeru mengikut perkiraannya GPS berpeluang untuk menang kali ini.

“Berdasarkan ini dan pastinya semangat tinggi semua parti komponen untuk menamatkan era pembangkang di Sibu, saya berpendapat kami akan berjaya melakukannya kali ini,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Jentera Wanita PBB Zon 7 & 8, di sini pada Isnin.

Pada Ahad, sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan Ketua Cawangan Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) Nangka, Chua Beng Seng menyuarakan keyakinan pilihan raya umum kali ini akan menamatkan 12 tahun penguasaan pembangkang di Parlimen Sibu.

Keyakinan beliau adalah berdasarkan kejayaan parti itu memenangi semula kerusi DUN Pelawan dan Bukit Assek pada PRN sebelum ini dan cawangan Nangka, Bawang Assan dan Pelawan parti itu akan berdiri teguh di belakang calon mereka bagi memastikan kemenangan.

Chua juga dilaporkan berkata Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting Ing Horh adalah taruhan terbaik GPS untuk merampas kerusi Sibu.

Sementara itu, meskipun ramalan memberangsangkan tersebut, Ketua Pergerakan Wanita GPS, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, beliau dan sayap wanitanya tidak akan leka dan berjanji untuk bekerja keras serta memastikan tiada kesilapan dilakukan, bagi memastikan kejayaan menjadi milik GPS.

Selain pendekatan tradisional iaitu berjumpa pengundi secara bersemuka, Wanita GPS akan turut memanfaatkan saluran dalam talian untuk meyakinkan pengundi lama dan baharu.

“Kami tidak akan bergerak sebagai Wanita PBB, PRS, SUPP atau PDP tetapi sebagai satu GPS dalam pilihan raya ini,” tambahnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon (5 November) dan pengundian awal pada 15 November. Sinar

Peluang terbaik tamatkan era DAP di Sibu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker