Orang baik pendek umur, ini sebabnya….
Addin
Orang baik pendek umur, ini sebabnya….
Salah satu cara bagaimana Allah ingin menarik atau mencabut ilmu yang ada pada seseorang bukanlah melalui hilang ingatan atau hilang pengetahuan dari diri seseorang secara terus melainkan dengan mematikan orang yang berilmu atau ulama.
Tegas Dr. Mohd Arif Nazri, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kematian atau pembunuhan itu sebagai salah satu cara untuk mengurangkan orang baik dari muka bumi ini jika dilihat dari sudut bagaimana Allah mencabut ilmu dari bumi. Sebab itu kita kerap dengar orang baik cepat sahaja meninggal dunia, sedangkan orang jahat ni punya liat nyawanya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
“Allah tidak akan mencabut ilmu dari bumi dengan mencabut ilmu dari hati manusia. Tapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan ulama. Sehingga apabila Allah telah menghilangkan semua orang alim dan orang sudah berpaling arah kepada menjadikan orang jahil pula sebagai ulama. Apabila mereka disoal jawab tentang agama maka mereka menjawab tanpa ilmu, mengeluarkan fatwa tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan orang ramai.” (HR Bukhari)
Selanjutnya Dr. Mohd Arif menjelaskan, hadis itu memberikan gambaran bahawa apabila orang soleh dimatikan oleh Allah dengan petanda mereka digantikan oleh orang jahat yang dinamakan sebagai ulama.
Apabila orang jahat sebagai pengganti maka akan tersebarlah kesesatan. Sebenarnya ilmu itu tidak akan pernah tercabut dari hati sesiapa yang Allah telah rezekikan dengan ilmu di dadanya, dia akan terus menjadi alim dan bertambah kebijaksanaannya serta matang. Allah mencabut ilmu itu dengan mematikan ulama, sebab itu apabila kematian ulama berlaku maka itu adalah satu musibah kepada ummah.
Mengapa dikatakan musibah? Penjelasannya begini, orang-orang alim itu sudah semestinya adalah orang yang baik-baik. Apabila sudah tidak ada semua orang alim itu, siapa lagi yang tinggal kecuali orang yang jahil. Ketika itu ummah tidak ada pilihan lagi melainkan terpaksa mengangkat orang jahil sebagai ulama atau ketua.
Apabila dirujuk tentang agama dan mengeluarkan fatwa mereka tidak ada ilmu untuk mengeluarkannya. Bahaya fatwa dikeluarkan oleh orang tidak berilmu ia akan menjadi seperti bom jangka dan akan menghancurkan ummah. Fatwa jahat itu lebih bahaya daripada racun kerana ia mempengaruhi kepercayaan manusia dan mempengaruhi tindakan hariannya.
Kitab sebagai panduan?
Bukankah ada kitab yang ditinggalkan ulama sebagai rujukan dan panduan untuk mengambil tindakan? Berkait dengan persoalan ini jawab Dr. Mohd Arif, memang tidak dinafikan bahawa kitab tinggalan ulama boleh diambil sebagai panduan untuk mengambil sesuatu tindakan atau keputusan.
Jika dahulu memang benar ia berlaku, orang mengambil keputusan berdasarkan kitab-kitab yang ditinggalkan oleh ulama besar seperti Iman Syafie, Imam Ghazali dan ramai lagi.
Namun sekarang orang sudah tidak lagi mengambil kitab itu sebagai panduan, ia sudah diketepikan. Kebanyakannya lebih berbangga dengan pemikiran sendiri dalam mengeluarkan pendapat dan melupakan para salaf apa lagi gunanya kitab-kitab tinggalan tersebut.
Tidak lebih ia hanya sebagai kertas usang yang terdiam kaku di muzium atau perpustakaan. Apalagi di dalam dunia yang tanpa sempadan kini, semua orang gila untuk memberi pendapat walaupun tidak ada kelayakan untuk mengeluarkan pendapat. Ia jauh berbeza dengan masyarakat Islam dahulu yang meletakkan agama pada kedudukan paling tinggi.
Mereka tidak akan sewenang-wenangnya memberi pendapat di dalam agama. Atas nama pemikiran terbuka mereka dengan senang memberikan pendapat walaupun ia bersalahan dengan syariat Islam.
Memang benarlah apa yang Nabi s.a.w. sabdakan,
“Di antara tanda hampir kiamat, pada tahun-tahun itu penuh dengan kedustaan, orang yang betul dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan betul, orang yang jujur dianggap berkhianat, pengkhianat dikatakan amanah dan pada saat itu golongan yang tidak ada ilmu bercakap tentang agama.” (HR Ibnu Majah)
Itulah sebahagian yang telah berlaku pada hari ini, orang yang tidak ada latar belakang agama yang kuat dan mendalam mula memberi komen tentang agama. Dan, mungkin kehendak hari ini dan masyarakat memandang mereka yang ada gelaran dari bidang profesional seperti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya mendapat perhatian lebih apabila menyentuh soal agama.
Namun apabila orang yang memang mempunyai kepakaran tentang agama tanpa ada gelaran tidak mendapat perhatian apabila berbincang tentang agama. Kata Nabi itu merupakan senario yang akan berlaku pada akhir zaman, memang bicara agama akan mendapat perhatian tambah-tambah apabila dibicarakan oleh orang yang bukan di dalam bidangnya.
Walaupun ada kelihatan sudut positifnya di situ iaitu orang semakin sedar tentang hidup beragama namun kalau tidak dicermati ia akan menjadi habitat yang subur untuk tersebarnya hadis palsu dan fakta yang kurang tepat. Wallahu a’lam Utv
Orang baik pendek umur, ini sebabnya….
Baca Artikel Menarik:
- Kerjasama dengan Mahathir tak membantu, dia tak boleh tarik undi Melayu
- Rasa tiada harga diri jika kekal dalam perkahwinan – Ziana Zain
- Gelak Kak Lina serupa ‘Mak Lampir’
- Video perempuan dibelasah kenalan lelaki timbulkan kemarahan
- PKR hipokrit bila 2 menteri besar bertanding Parlimen – Asyraf
- Ismail beri bayangan manifesto BN ada ‘tawaran besar’ buat pengundi muda
- Rosakkan kolam Deepavali, lelaki dikecam
- Pemuda PH kata kali ini manifiesto adalah ‘Kitab Suci’, cukuplah sekali kena ‘kencing’
- Ahli PAS yang sayangkan MN sokong BN tolak PN – Dr. Khairuddin Aman Razali
- Amanah gigit jari, selepas Jerai, Changkat Jong pula jadi habuan DAP
- Naib Presiden Bersatu, Rafiq Naizamohideen sah letak jawatan keluar parti
- Bukan main sombong, ingat dia boleh menang, Mahathir bengang
- Padah tipu suami, dua wanita ditangkap khalwat lelaki Bangladesh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9
You must be logged in to post a comment.