Tiada pertindihan PPS, pusat mengundi

#PRU15

Tiada pertindihan PPS, pusat mengundi

Kerajaan memastikan tidak berlaku pertindihan tempat di lokasi-lokasi yang digunakan untuk proses pembuangan undi dengan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika ini terdapat sebanyak 6,010 PPS disediakan untuk menempatkan mangsa banjir di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 2,010 PPS terlibat sebagai tempat untuk proses pengundian.

“Kalau sekolah ada dua atau tiga blok kita asingkan tempat mengundi dengan PPS.

“Kalau sekolah paling-paling teruk ada enam kelas, mungkin tiga hingga empat blok, dua blok kita guna untuk pemindahan dan dua blok lagi untuk mengundi,” katanya selepas menghadiri Taklimat Khas Perdana Menteri Sempena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Bukit Aman, di sini hari ini.

Yang hadir sama pada sesi taklimat itu Ketua Setiausaha Negara Ketua, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Kata Perdana Menteri, walaupun PPS digazetkan namun tidak termaktub dalam Perlembagaan, jadi proses mengundi mengatasi pusat pemindahan.

“Sebab pusat mengundi termaktub dalam Perlembagaan dan akta pilihan raya sedangkan PPS dari segi pentadbiran sahaja.

“Bagaimanapun kita tidak nak mahu jejaskan persediaan banjir, jadi kita dah kenal pasti kawasan bertindih,” katanya.

Mengulas hari pengundian pada Sabtu, Ismail Sabri berkata, pemilihan hari itu bagi memberi peluang dan kebebasan kepada rakyat untuk mengundi.

“Kalau kita buat hari Ahad, ada negeri bekerja hari Ahad. Kalau hari Jumaat, ada negeri kerja Jumaat, tetapi hari Sabtu semua cuti.

“Ramai tuduh kerajaan kerana buat hari mengundi pada hari bekerja, itu tidak betul. Jadi kita tetap mengundi pada Sabtu untuk memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakyat seperti dijamin dalam Perlembagaan,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai cuti kepada pasukan keselamatan menjelang PRU dan musim banjir, Ismail Sabri berkata, kebiasaannya cuti bagi pegawai dan anggota pada pengunjung tahun akan dibekukan.

“Biasanya bulan Disember pegawai tertinggi kerajaan tak dibenarkan bercuti, takut berlaku banjir, KSN akan umumkan, ” tambahnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, seramai 69,230 anggota keselamatan terdiri daripada pasukan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Angkatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam kedua-dua perkara itu.

Ujarnya, jumlah tersebut akan ditambah mengikut keperluan semasa. Utusan

Tiada pertindihan PPS, pusat mengundi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker