Suami isteri maut kemalangan
Suami isteri maut kemalangan
Ipoh: Suami isteri maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 32.3 Jalan Kuala Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu, Lenggong, dekat Kota Tampan, Lenggong, semalam.
Kejadian 6.15 petang mengakibatkan mangsa berusia 42 tahun yang juga penunggang motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya yang membonceng motosikal itu, 44, meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Lenggong.
Difahamkan, identiti lelaki itu dikenal pasti sebagai Azranawi Radzi, manakala isterinya dikenali sebagai Rosnah Damha.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, nahas itu turut mengakibatkan seorang remaja lelaki yang parah akibat patah betis kiri dan bahu kanan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati nahas dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang Azranawi gagal mengelak sebuah kereta yang ingin memasuki jalan utama dari sebuah stesen minyak.
Katanya, ketika kejadian, suami isteri terbabit dalam perjalanan dari arah Gerik menghala Kuala Kangsar sebelum kereta berkenaan tiba-tiba keluar ke arah jalan utama (Jalan lama Kota Tampan-Lenggong) secara mengejut.
“Kejadian berlaku apabila kereta itu keluar secara mengejut dari simpang sebuah stesen minyak. Oleh kerana jarak terlalu dekat, motosikal dinaiki pasangan itu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi belakang sebelah kiri kereta,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.
Katanya lagi, mangsa parah adalah penumpang kereta terbabit iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun, manakala pemandu kenderaan terbabit iaitu lelaki berusia 47 tahun tidak mengalami kecederaan.
Zulkifli berkata, susulan kejadian, pihaknya kini menahan pemandu kereta berkenaan bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya lagi, bedah siasat mayat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Gerik.
Suami isteri maut kemalangan
Baca Artikel Menarik:
- Lagi kuari dengan kaitan kerabat raja, politik di Selangor
- Pesakit cabut lari gara-gara insurans tak ‘cover’a>
- PH Jaja Konsep Integriti, Diam Membisu Isu Tommy Thomas – Asyraf
- Sejarah panjang Mahathir dan badan kehakiman
- Kenapa program Syed Saddiq sahaja yang kena kacau?
- Perjuangan BERSATU kabur, akar umbi tak dipeduli
- Nelayan bergaduh dengan Coast Guard Singapura
- Ceti samseng dari Singapura
- Mangsa Kemalangan Bermain Game Raih Perhatian Netizen (Video)
- Rakyat tidak akan tertipu lagi dengan drama politik ‘cium mulut’ Mahathir-Anwar
- Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap umum keluar parti, sokong Barisan Nasional
- Haram berlakon solat dalam filem, drama
- Lelaki maut selepas terbabit pergaduhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak
You must be logged in to post a comment.