PRU15 medan terbaik tamatkan riwayat politik Anwar Ibrahim

 

IPOH: Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai kesempatan terbaik untuk menamatkan riwayat politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Anwar tiada jasa di Parlimen Tambun dan bukan aset penting yang mesti diberikan kemenangan di kawasan itu dalam PRU15.

“Malah, ini kesempatan terbaik kepada orang Perak untuk menamatkan hayat politik Anwar Ibrahim, biar Tambun menjadi bukti sejarah Anwar Ibrahim hilang pengaruh di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan mengalahkan Presiden PKR itu bukan bermakna perlu memberikan kemenangan kepada calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di situ kerana ia juga mesti dikalahkan.

Sebaliknya, beliau yakin pertembungan tiga penjuru akan memberikan kelebihan kepada calon BN dan kehadiran Anwar sebagai calon akan meningkatkan motivasi serta semangat jentera BN Tambun dan BN Perak untuk bekerja dengan lebih kuat lagi.

Beliau berharap pengundi di Tambun sedar bahawa kepimpinan Pakatan Harapan (PH) termasuk Anwar sering bertukar kawasan bertanding setiap kali PRU kerana ketika menjadi wakil rakyat di kawasan sebelumnya mereka tidak bekerja untuk rakyat.

“Sebab itu mereka berpindah kawasan. Anwar Ibrahim dari Port Dickson ke Tambun. Jadi pemilih di Parlimen Tambun jangan tersilap langkah. Terbaik pilihan ialah Barisan Nasional.

“Kita mesti menjadikan PRU15 medan menamatkan hayat politik Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana dua watak ini telah merugikan negara sejak sekian lama,” katanya. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu

PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker