Jabatan Penjara sahkan rakaman RTM dibuat sebelum Najib jalani hukuman

 

Jabatan Penjara mengesahkan bahawa tiada sebarang rakaman video bekas perdana menteri Najib Razak dibuat di dalam premis penjara oleh mana-mana agensi media, seperti mana yang ditularkan.

Dalam kenyataan, Jabatan Penjara berkata, hasil semakannya, rakaman video itu dibuat lebih awal oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebelum Najib menjalani hukumannya.



Tambahnya, rakaman terbabit dibuat sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 dan video yang ditayangkan di TV1 semalam menceritakan tentang sejarah, latar belakang Pekan, Pahang, bukan berkaitan politik.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut,” kata jabatan itu.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab (menyebarkannya).”

Terdahulu, tangkap layar klip video Najib yang disiarkan di sebuah saluran televisyen menjadi tular di media sosial, dan beberapa pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana seorang banduan boleh bersiaran di televisyen.



Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan dalam dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Goreng Kampung, Sedap Macam Mak Buat

Kisah Sejarah Kicap Cap Kipas Udang, Ramai Orang Tak Tahu



PAS persenda tawaran jawatan TPM dari Sabah dan Sarawak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker