Muhyiddin Bangga Jadi Pengkhianat

Oleh Tun Teja

DENGAN angkuhnya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak kisah dituduh pengkhianat. Kenyataan beliau itu seolah-olah mengambarkan betapa bangganya Muhyiddin menjadi pengkhianat selama ini.

Apa pun alasan beliau untuk “menghalalkan” pengkhianatan tersebut tetap dilihat sebagai sifat keji yang tumbuh subur dalam diri individu yang bernama Muhyiddin Yassin.



Muhyiddin mengkhianat Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau mengkhianat Datuk Seri Najib Tun Razak namun tidak berjaya menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin juga mengkhianati Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) dan berjaya menjadi Perdana Menteri. Beliau juga menderhaka pada YDP Agong kerana mahu kekalkan jawatan Perdana Menteri. Malah Muhyiddin menikam belakang Datuk Seri Ismail Sabri untuk menjadi Perdana Menteri kali ke dua.

Wajah kelam Muhyiddin mengambarkan hati beliau yang terlalu cenderung melakukan pengkhianatan terhadap sesiapa sahaja asalkan kerakusan nafsu beliau dapat dipenuhi. Dan yang pasti Muhyiddin sudah banyak kali mengkhianati rakyat sepanjang penglibatan beliau dalam politik.

Masihkah anda ingat peristiwa “Lockdown PKP” separuh masak antara paling panjang tempoh dalam dunia dan Malaysia satu-satunya negara dalam dunia yang mengantung parlimen paling lama dengan mengunakan alasan Covid hanya kerana beliau tidak mahu parlimen bersidang bagi mengelakkan kerajaan Muhyiddin ditumbangkan.

Selepas Muhyiddin mengkhianati Mahathir dan PH, beliau dengan muka tebal boleh minta ruang untuk bekerjasama semula dengan pakatan tersebut baru-baru ini hanya kerana beliau bercita-cita mahu jadi PM semula.



Masihkah anda ingat ketika Muhyiddin berada dalam kabinet Barisan Nasional, Datuk Seri Najib memecat beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada bulan Julai 2015 disebabkan pengkhianatan Muhyiddin. PM ke 8 itu berkomplot dengan Mahathir dan Mukhiz sejak tahun 2014 untuk menumbangkan Najib. Malah Mukhriz mengakui perkara ini di Mahkamah pada tahun 2017.

Muhyiddin juga dipecat dari UMNO pada bulan Jun 2016 oleh Panel Disiplin UMNO memandangkan berkempen bersama Mahathir, DAP dan PKR pada bulan Mac 2016 dalam acara menipu “Selamatkan Malaysia”.

Oleh itu, rakyat diseru agar ajar cukup-cukup parti Pengkhianat iaitu Perikatan Nasional dalam PRU15 ini. Jangan biarkan Muhyiddin pengkhianat bermaharajalela dalam negara kita.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker