Wanita Rentung Dalam Nahas Di Lebuhraya MEX

Wanita Rentung Dalam Nahas Di Lebuhraya MEX

Seorang wanita rentung selepas kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer 10.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) di sini pada Sabtu.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Khairuddin Abdurrahman berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.14 pagi.



Seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dan Pudu bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Khairuddin berkata, setibanya pasukan di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan dua buah kereta.

“Seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga tidak mengalami kecederaan.

“Sebuah lagi kereta telah musnah terbakar 100 peratus dengan seorang mangsa yang merupakan wanita ditemui rentung di bahagian tempat duduk pemandu.

“Empat lagi penumpang lain terdiri daripada seorang lelaki mengalami kecederaan di kepala dan tiga lagi wanita dilaporkan selamat,” katanya.



Khairuddin berkata, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. SH

Wanita Rentung Dalam Nahas Di Lebuhraya MEX

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?

Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker