Tompokan putih pada lidah petanda awal ‘pembunuh senyap’
Tompokan putih pada lidah petanda awal ‘pembunuh senyap’
TABIAT individu yang tidak menjaga kebersihan mulut atau ketagihan rokok melampau boleh menyebabkan perubahan pada lidah.
Lebih parah lagi, situasi itu sebagai petanda mungkin menghidapi penyakit tertentu yang boleh membawa maut.
Tompokan putih dan bintik kecil di mulut dan lidah mungkin tidak berbahaya, tetapi kadangkala ia boleh memberikan beberapa petunjuk terhadap kesihatan anda secara keseluruhan.
Justeru, ketika anda memberus gigi, perhatikan keadaan lidah pasti terdapat banyak kemungkinan yang bakal ditemui.
1. Bintik putih yang boleh dikikis
Tompok putih yang boleh dibersihkan dengan berus gigi boleh menjadi seriawan mulut atau dikenali sebagai kandidiasis mulut, iaitu sejenis jangkitan kulat pada mulut.
Menurut Pakar Perubatan National Health Service (NHS), dari Pusat Perubatan Woodlands, Didcot,
Dr Rachel Ward, situasi itu sering dikaitkan dengan pedih, rasa yang tidak enak dan kesukaran makan dan minum.
“Walaupun sariawan mulut perkara biasa dan mudah dirawat, ia bakal berulang dan menimbulkan satu lagi masalah kesihatan asas seperti masalah sistem imun atau berkurangan,” jelasnya.
2. Tompok putih pada lidah dan dalam mulut
Mempunyai tompok putih pada lidah juga dikenali sebagai Leukoplakia.
“Hal ini disebabkan oleh pendedahan kronik kepada perengsa seperti merokok. Kebanyakannya tidak berbahaya tetapi boleh menjadi prakanser dan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor gigi atau doktor,
3. Ulser mulut
Ulser di mulut dan lidah biasa berlaku, walaupun menyakitkan, ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya dalam beberapa hari.
Sekiranya anda mempunyai ulser yang tidak sembuh atau benjolan baru pada lidah, ia boleh menjadi tanda kanser mulut dan anda harus segera berjumpa doktor atau doktor gigi,
4. Lidah geografi
Lidah geografi – Situasi yang muncul secara tiba-tiba apabila lidah anda kelihatan seperti ada peta garis besar.
Ia adalah keadaan biasa dan tidak serius tetapi boleh menyebabkan pedih jika anda makan makanan tertentu seperti buah sitrus atau makanan pedas.
Cara terbaik untuk mencegah ialah dengan mengelakkan makanan yang boleh mengundang rasa pedih.
5. Lidah berbulu
Individu yang mengalami lidah berbulu tidak benar-benar mempunyai bulu pada lidah.
Istilah ‘lidah berbulu’ digunakan untuk menggambarkan bonjolan kecil yang tidak normal pada permukaan lidah, kata GP.
Keadaan ini agak biasa, jangka masa pendek dan tidak berbahaya. Lidah berbulu terjadi akibat kekurangan rangsangan pada bahagian atas lidah menyebabkan terlalu banyak bakteria atau pertumbuhan yis dalam mulut.
Bakteria ini terkumpul pada unjuran bulat kecil yang dipanggil papila dan terletak di sepanjang lidah. Pada tahap yang teruk, papila boleh membesar hingga 15 kali ganda panjang normal dan ia akan kelihatan seperti rambut. – (Susunan Nuratikah Athilya Hassan) BH
Tompokan putih pada lidah petanda awal ‘pembunuh senyap’
Baca Artikel Menarik:
- BN mampu menang PRU15 jika…
- Oktovia Manrose hadir majlis ilmu Ustazah Asma, peminat sejuk mata tengok
- Tajuddin hadir acara Zahid di sebalik penggantungan
- Dakwaan dipukul polis trafik, pemandu treler ditahan
- Hanipa digugur menjelang PRU15?
- Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit
- Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail
- Budak sekolah kongsi duit sertai parti liar dalam banglo
- Suami isteri didenda rakam, muat naik gambar bogel di lokasi pelancongan Singapura
- Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
- Hasmah dedahkan Mahathir hampir jatuh, risau pulang dengan van jenazah
- Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?
- Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi