MCA mahu Liow Tiong Lai tanding di Bentong
#PRU15
MCA mahu Liow Tiong Lai tanding di Bentong
MCA mahu bekas presidennya Liow Tiong Lai bertanding di kerusi Parlimen Bentong untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Ads by
China Press memetik Presiden MCA, Wee Ka Siong sebagai berkata, parti itu sudah membuat keputusan lebih setahun lalu dan masih berpegang padanya.
“Beliau antara calon terbaik untuk bertanding di kerusi Parlimen itu,” katanya.
Liow adalah bekas menteri kesihatan dan pengangkutan. Beliau menjadi Ahli Parlimen Bentong dari 1999 hingga 2018.
Pada pilihan raya umum lalu, beliau kehilangan kerusi itu apabila tewas kepada calon DAP, Wong Tack dengan majoriti lebih 2,000 undi.
Menurut data pemilih dari 2018, Bentong mempunyai kira-kira 67,359 pengundi dengan 47% adalah Melayu dan 42% terdiri kaum Cina.
Wee berkata, Liow masih berdedikasi berkhidmat untuk penduduk Bentong walaupun tewas pada 2018 dan bekas menteri itu sering turun padang membantu penduduk ketika banjir awal tahun ini.
“Ketika Covid-19 melanda, Liow juga aktif membantu penduduk, mengumpul dana dan sumber bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Katanya, Liow mengekalkan hubungan baik dengan persatuan tempatan, NGO dan parti politik lain, dan menambah ramai penduduk mahu beliau mewakili mereka di Parlimen.
“MCA akan memberi sokongan penuh kepada Liow untuk merampas semula Parlimen Bentong supaya beliau boleh melengkapkan perancangannya di sana yang tergendala sebelum ini serta mengembalikan kemajuan Bentong,” katanya.
Minggu lalu, Wong Tack berkata, beliau sedia berdepan Liow lagi pada PRU15. Sekiranya kedua-dua mereka dicalonkan semula, ia akan menjadi kali ketiga mereka bertembung di Bentong.
Pada 2013, Liow menewaskan Wong Tack dengan hanya 379 undi. FMT
MCA mahu Liow Tiong Lai tanding di Bentong
Baca Artikel Menarik:
- BN mampu menang PRU15 jika…
- Oktovia Manrose hadir majlis ilmu Ustazah Asma, peminat sejuk mata tengok
- Tajuddin hadir acara Zahid di sebalik penggantungan
- Dakwaan dipukul polis trafik, pemandu treler ditahan
- Hanipa digugur menjelang PRU15?
- Tsunami politik sudah berakhir tiba masa BN bangkit
- Kabinet bincang 2 kali tentang bubar parlimen – Ismail
- Budak sekolah kongsi duit sertai parti liar dalam banglo
- Suami isteri didenda rakam, muat naik gambar bogel di lokasi pelancongan Singapura
- Video atas katil Tya Arifin bocor diluar kawalannya
- Hasmah dedahkan Mahathir hampir jatuh, risau pulang dengan van jenazah
- Idris kalah teruk di Bukit Gantang, macam mana nak jadi calon?
- Bekas ADUN PAS masuk Umno mahu martabat Islam bukan tanding PRU
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tawaran 47 kerusi untuk PAS daripada Bersatu, ‘Allah jadi saksi saya’ – Asyraf Wajdi
Lelaki mengamuk di restoran tomyam ditahan