Lana Nodin buat hidung baharu di Korea Selatan
Lana Nodin buat hidung baharu di Korea Selatan
Pelakon sensasi Lana Nodin secara terbuka mengakui baru sahaja selesai menjalani pembedahan plastik mencantikkan bahagian hidung di sebuah bandar di Korea Selatan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya malam tadi, Lana atau nama lengkapnya Mazlina Hasan Nodin membuat perkongsian keadaan wajahnya yang masih berbalut selepas beberapa hari menjalani pembedahan plastik.
“Hari ini hari yang kelima selepas melakukan pembedahan. Tiada bengkak dan lebam pada wajah saya.
“Paling menakjubkan saya langsung tidak berasa sakit. Kini saya sudah pun boleh keluar berjalan-jalan. Jahitan pada hidung akan dibuka dalam masa tujuh hari lagi,” katanya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagain reaksi netizen dan mengejutkan, ada peminat memuji keterbukaan Lana yang bersikap jujur serta tidak perlu menipu soal rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas wajahnya.
“Elok, jujur,” tulis seorang peminat.
Bagaimanapun, video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya telah pun dipadam beberapa minit selepas dikongsikan secara umum. Namun pendedahan itu sempat dikongsikan semula dalam sebuah saluran YouTube.
Sebelum ini, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu melahirkan rasa rimas selepas diasak netizen tentang bentuk hidungnya yang dikatakan semakin pelik.
Lana akhirnya tampil membuat pendedahan apabila mengakui pernah melakukan pembedahan membetulkan semula struktur hidungnya yang patah selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal ketika zaman persekolahan.
Katanya, kecederaan itu berlaku selepas dia terjatuh ketika menunggang motor jenis RXZ sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di kawasan felda.
Menerusi pendedahan tersebut, Lana berkata prosedur yang dipanggil rhinoplasty itu akan bertahan selama lima hingga 10 tahun sahaja. K Online
Lana Nodin buat hidung baharu di Korea Selatan
Baca Artikel Menarik:
- Alasan DAP tak mahu ulas isu siasatan buku Tommy Thomas
- Pelik bila Majlis Peguam persoal kesaksamaan Pasukan Petugas Khas
- Tony Pua tak tanding, Gobind, Bee Yin tukar kerusi
- Syed Hamzah ganti Wan Junaidi?
- Mat Sabu dakwa didatangi pihak cuba guling Ismail sebelum pembubaran
- Ismail jawab dakwaan Rafizi
- Gempar Sungai Terpanjang Dunia Mengering, Kapal Abad Kurun Ke-19 Yang Timbul
- Wanita Diculik Dan Dikurung 20 Hari Dalam Sangkar Anjing Ketika Berseronok Di Kelab Malam
- Sudah-sudahlah menipu – Zahid
- Ambil tindakan segera terhadap Tommy, Mahathir – Nicole
- Kes banglo Guan Eng perlu semakan kehakiman – MCA
- Keputusan Pas bersama PN tak dapat persetujuan Majlis Syura Ulamak
- Tengku Zulpuri hina Istana, kerabat Pahang lapor polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nelayan dakwa dihina dengan perkataan ‘Melayu bodoh, otak udang’