Madi kembali rempit

Farid Kamil Remp-It 2

Madi kembali rempit

FILEM Remp-It yang ditayangkan pada 2006 meninggalkan kesan besar peminat terhadap watak Madi lakonan Farid Kamil.

Malah, ke mana-mana dia pergi, Farid sentiasa dihujani pertanyaan, apa berlaku dengan Madi? Apa kesudahan nasibnya dan apakah akan ada kesinambungan cerita ini?



Pertanyaan mereka akhirnya terjawab selepas 16 tahun cerita yang berkisarkan aktiviti lumba haram ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia serta negara jiran.

Farid kini tampil dengan filem Remp-It 2 arahan dan terbitan syarikatnya sendiri iaitu FKX Film.

Dia juga bertindak sebagai pelakon utama bersama barisan pelakon lain seperti Cat Farish (Macha), Niezam Zaidi (Spark), Izzue Islam (Deqwan) dan Farez Ridzwan (Ajak).

Tidak ketinggalan, dia turut memperkenalkan pelakon baharu Ahirine Ahirudin (Roy) dan anaknya Muhammad Kamil (Muhamad) menerusi filem sulung syarikatnya ini.



“Daripada reviu positif 16 tahun dulu saya hasilkan Remp-It 2. Ketika saya menulis skrip 16 tahun dulu, filem ini diarahkan orang lain. Jadi, naratif struktur yang saya bina sebagai penulis agak berbeza.

“Sebagai filem yang mempunyai penamat tergantung, ia sepatutnya disambung lima tahun kemudian. Tapi, saya ambil langkah rileks dulu, ambil masa supaya saya boleh terbitkan lagi.

“Sebagai contoh 16 tahun dulu, orang tak tahu ada motor Yamaha 125Z di pasaran, tapi kami adalah ‘trend setter’ di pasaran. Kami set ‘trend’ untuk orang ikut. Ketika filem itu keluar 16 tahun dulu harga motor dari RM6,000 cecah kepada RM13,000 sekarang,” katanya.

Menurutnya, ia adalah petanda positif di mana filem ini masih relevan untuk ditayangkan walaupun pada 2022.



“Tayangan filem yang memulakan penggambaran pada hujung 2019 ini sebenarnya sudah dua kali tertangguh akibat pandemik Covid-19. Selain itu, saya juga ambil langkah berhati-hati. Apabila kita masuk Skim Wajib Tayang Finas, kita perlu ikut giliran.

“Sepatutnya tayangan pada 5 Mei lalu, tapi saya tarik balik sehingga mendapat tarikh baharu pada 24 November depan disebabkan tunggu susunan terbaik.

“Juga ada beberapa kekangan lain seperti kita hilang rakaman bunyi asal. Sebagai pengarah dan penerbit saya tak pasti kenapa berlaku. Alhamdulillah ‘recover’ balik semua audio.

“Walaupun perasaan puas hati agak lari, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada. Sebelum Remp-It 2 keluar, saya lakukan sikit perubahan dari segi audio dan warna,” katanya.



Ketika menulis skrip filem Remp-It 16 tahun dulu, ia menjadi ‘trend setter’ kepada filem berkonsep automotif. Justeru, apabila menghasilkan sambungan Remp-It banyak perkara diambil kira Farid.

“Enam belas tahun dulu dengan sekarang pasti berbeza. Bila ambil keputusan nak buat Remp-It 2, saya letakkan syarat pelakon seboleh-bolehnya mesti ada kel

ebihan menunggang motosikal.

“Juga mesti ada lesen motosikal dan mempunyai pengetahuan yang tinggi berkenaan dunia permotoran. Untuk kali ini saya tak boleh main ambil pelakon begitu saja.



“Mungkin dia boleh berlakon, tapi bila suruh naik motor, saya kena cari pelakon aksi sebagai ganti, sekali gus menambah kos. Ini perkara yang saya tetapkan,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Ahirine sebagai heroin dibuat berdasarkan kebolehannya menunggang motosikal dengan baik.

“Dulu kita lihat hanya lelaki yang ramai tunggang motosikal. Tapi, sejak 2016 sehingga seterusnya, saya dapat lihat ramai penunggang wanita. Ketika usia 16 tahun saya pernah bertanding dalam perlumbaan Cub Prix Malaysia. Masa itu suasana amat berbeza. Lesen yang saya terima ketika itu lain.

“Pada saya Remp-It kali ini adalah eksplorasi apa yang dah saya tinggalkan 20 tahun lalu. Banyak perbezaan yang saya ketengahkan dalam Remp-It 2 ini,” katanya.



Bercakap mengenai pemilihan anaknya, Muhammad Kamil sebagai pelakon, Farid berkata, tuntutan skrip menuntut watak kanak-kanak dalam Remp-It 2.

“Bukan soal nepotism kerana skrip ditulis oleh orang lain. Saya buat uji bakat cari bakat kanak-kanak, tapi memang rezeki dia. Kebetulan di tengah-tengah Kota Damansara ada tempat aktiviti ‘motorcross’ kerana dalam skrip perlukan watak kanak-kanak dengan ‘motorcross’.

“Saya pergi berbincang dengan pemilik tempat itu dan bawa Muhammad. Ketika kami sedang berbual, Muhammad dah pergi tempat motosikal pakai kasut cukup lengkap. Dia sendiri yang tunggang motosikal itu tanpa disuruh,” katanya.

Baginya ini dimensi baharu buat anaknya, Muhammad kemudian dihantar berguru dengan Dr Norzizi Zulkifli untuk mahir mengucapkan dialog. HM

Madi kembali rempit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker