Tisu punggung Wafariena cedera, perut koyak

Tisu punggung Wafariena cedera, perut koyak

Ibu kepada pelakon Wafariena, iaitu Suzana Hamad mengakui amat marah atas kejadian menimpa anaknya yang cedera sewaktu melakukan aksi lagak ngeri dalam babak sebuah drama lakonannya.

Tegasnya, dia akan mengambil tindakan sekiranya kesihatan Wafariena yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Rawang semakin memburuk.



“Memang saya marah. Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya, saya akan ambil tindakan. Seperti tiada sikap perikemanusiaan langsung,” katanya dipetik Kosmo.

Paling membuatkan wanita itu terkilan adalah apabila pengarah drama tersebut tetap mahu meneruskan penggambaran bagi dua lagi babak.

Dia turut didakwa meminta Wafariena, 27, turun ke set penggambaran walaupun mengalami kesakitan sehingga tidak boleh berjalan.

“Kejadian itu berlaku di depan mata pengarah. Dia nampak Wafa (panggilan Wafariena) dipapah oleh kru dalam kesakitan, tapi masih duduk dan buat tidak tahu,” ujarnya.



Suzana, 59, berkata, doktor memaklumkan tisu bahagian punggung Wafariena cedera, manakala perutnya koyak selain berlaku pendarahan.

Kejadian itu berlaku pada 8 Oktober lalu ketika anaknya melakonkan satu aksi ‘ditarik’ untuk menampakkan adegan seolah-olah dia melambung.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak produksi memaklumkan aksi yang dibuat pada pukul tiga pagi itu perlu dilakukan sendiri oleh Wafariena dan bukannya pelakon lagak ngeri seperti yang dirancang.

“Penggambaran dilakukan di dalam hutan gelap di Lenggong, Perak. Bayangkan selepas buat aksi ‘dilambung’, keluar seekor ular hitam.



“Pukul enam pagi, Wafariena diminta masuk semula ke set walaupun dia cedera. Saya masih beri kerjasama walaupun hati sakit.

“Pengarah langsung tak datang tanya khabar. Jauh sekali minta maaf,” ujarnya. Mk

Tisu punggung Wafariena cedera, perut koyak


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker