MIC tanding kerusi Teluk Intan ganti Cameron Highlands – Saravanan

PRU15

MIC tanding kerusi Teluk Intan ganti Cameron Highlands – Saravanan

MIC akan bertanding kerusi parlimen Teluk Intan menggantikan kerusi Cameron Highlands yang diberikan kepada Umno semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2019.

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan mengesahkan bahawa perjanjian itu dibuat semasa perbincangan bersama Umno baru-baru ini.

“MIC telah setuju tapi pengumuman terakhir akan dibuat oleh pucuk pimpinan BN,” katanya kepada pemberita selepas di majlis perutusan khas Deepavali, di Kuala Lumpur, hari ini.

Saravanan merujuk kepada mesyuarat akan datang antara presiden komponen BN dalam masa terdekat.

Untuk rekod, PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan calon BN daripada MIC C Sivarraajh pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 kerana membeli undi.

Seorang pesara pegawai kanan polis daripada suku Orang Asli Semai, Ramli Mohd Nor yang mewakili Umno ketika itu berjaya mengekalkan kerusi parlimen untuk BN.

Pada PRU ke-14, Sivaraajh memenangi kerusi itu dengan majoriti 597 undi manakala pada PRU13, lima tahun sebelumnya, bekas presiden MIC G Palanivel merangkul kerusi itu dengan majoriti 462 undi sahaja.

Ramli pula menewaskan tiga yang lain untuk menawan kerusi itu dengan majoriti 3,238 undi pada pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Saravanan berkata bahawa tiada istilah ‘kerusi selamat’ pada PRU kali ini.

“Kami tidak pilih ‘kerusi selamat’ atau tidak selamat. Bagi, MIC akan memberi komitmen 100% agar cuba memenangi semua kerusi yang ditandingi,” katanya. Mk

MIC tanding kerusi Teluk Intan ganti Cameron Highlands – Saravanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker