Selepas jumpa Muhyiddin, KJ dedahkan pertimbang tawaran PN

Khairy Jamaluddin hari ini memberi gambaran dia menolak tawaran untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) semasa pertemuannya dengan Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, katanya, dia mempertimbangkan semula tawaran itu atas permintaan Muhyiddin.

“Beliau telah tawar keahlian Bersatu dan tawar peluang untuk terlibat PRN (pilihan raya negeri).



“Saya telah jumpa beliau dan beri pandangan saya kepada beliau, dan beliau minta saya fikir lagi.

“Saya pun setuju untuk fikir lagi dan saya pun minta beliau sedikit masa,” kata Khairy dalam episod terbaru video siar Keluar Sekejap yang disiarkan hari ini.

Ditanya oleh pengacara bersamanya Shahril Hamdan sama ada dia telah memberikan jawapan muktamad, Khairy menjawab bahawa dia telah tetapi bersetuju untuk mempertimbangkannya lebih lanjut atas rasa hormat.

Timbul spekulasi sebelum ini berhubung kemungkinan Khairy telah memutuskan untuk menyertai PN selepas bertemu Muhyiddin pada Isnin.



Sumber PN mendakwa Khairy tidak akan menyertai mana-mana parti tetapi akan berkempen untuk gabungan itu dalam PRN.

Sementara itu, dakwaan tersebar di media sosial bahawa Khairy akan dilantik sebagai “appointed deputy president” atau timbalan presiden (lantikan) dalam Bersatu.

Menjawab khabar angin berkenaan, bekas ahli parlimen Rembau itu berkata dia mendapati “berita palsu” itu tidak menyenangkan, dan mendakwa ia disebarkan oleh tentera siber Pakatan Harapan (PH).

“Saya nak bagitahu kepada cytro (tentera siber) PH, janganlah sebarkan berita palsu. Benda ni adalah tak beretika dalam politik.



“Salah satu sebab saya tak berapa senang dengan PH hari ini dan saya rasa sebahagian besar (orang ramai) tak senang dengan PH, adalah kerana perangai cytro PH ni,” katanya.

Jumpa PM sebagai khidmat negara

Sementara itu, Khairy berkata pertemuannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Jumaat lalu adalah semata-mata untuk berbincang mengenai ekonomi negara.

Jelas Khairy, dia menerima jemputan daripada Pejabat Perdana Menteri dan bertemu dengan Anwar, bersama individu lain, termasuk bekas menteri kewangan II Johari Ghani.



“Ia bukan tentang politik tetapi lebih kepada idea berkaitan ekonomi dan sebelum mesyuarat berakhir, perdana menteri berkata beliau mungkin akan memanggil semula kumpulan saya dalam masa sebulan untuk melihat draf naratif ekonomi Madani untuk kami teruskan memberikan input kami.

“Jadi bagi saya tiada masalah, walaupun saya bukan ahli PH atau BN yang menjadi teras kerajaan sedia ada.

“Kenapa saya pergi? Saya menganggapnya sebagai khidmat negara. Perdana menteri negara menelefon saya, dan saya tidak peduli siapa perdana menteri… Saya pergi dan memberikan pendapat saya, tanpa sebarang ikatan dan itu sahaja,” kata bekas menteri itu.

Secara berasingan, Khairy membidas Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor kerana komennya mengenai pakaian seragam jururawat wanita yang disifatka pemimpin PAS itu sebagai terlalu “ketat” dan tidak patuh syariah.



Wan Razali berkata demikian semasa perbahasan Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat minggu lepas.

Sebagai bekas menteri kesihatan yang memulakan proses Kertas Putih Kesihatan, Khairy berkata dia mahu parlimen membincangkan isu serius berkaitan sistem penjagaan kesihatan negara dan bukannya isu seperti pakaian seragam jururawat.

“Saya tahu ini bukan satu-satunya isu yang dia bangkitkan tetapi kenapa dia perlu bangkitkan perkara ini? Ia sebenarnya bukan isu.

“Bahagian yang paling mengecewakan ialah dengan kenyataan ini, beliau telah mengesahkan stereotaip PAS… bahawa PAS tidak ada isu lain, PAS konservatif,” katanya.



PAS telah berusaha sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk menjadi lebih inklusif, katanya, dengan barisan pemimpin yang merangkumi lebih ramai golongan profesional dan bukan hanya ulama.

Daripada pengalamannya bekerja dengan menteri PAS dalam kabinet yang sama pada pentadbiran sebelum ini, Khairy berkata menteri dari parti itu seperti Takiyuddin Hassan dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menggambarkan stereotaip yang sama seperti Wan Razali.

“Tetapi anda hanya perlukan satu kenyataan untuk mengingatkan rakyat bahawa di sebalik imej profesional baru, PAS masih PAS lama,” kata Khairy.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker