Cercaan dan fitnah netizen buat Sultan Selangor kecewa
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menzahirkan rasa kecewa baginda apabila membaca komen-komen keterlaluan dalam kalangan netizen di media sosial, yang mengeluarkan ayat-ayat berunsur fitnah, cacian dan hasad dengki.
Sultan Sharafuddin bertitah lebih mengecewakan apabila ayat-ayat penghinaan itu pula disokong oleh netizen yang lain tanpa usul periksa dan jika tidak dibendung dan ditangani dengan bijak dari semasa ke semasa, ia dikhuatiri akan merosakkan pemikiran masyarakat khususnya generasi muda.
“Sejak kebelakangan ini, kemunculan gejala fitnah-fitnah dan berita-berita palsu yang semakin berleluasa telah menyebabkan ketegangan di antara kumpulan-kumpulan tertentu dalam masyarakat kita.
“Beta tidak mahu gejala-gejala seumpama ini terus menular sehingga boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan kekuatan perpaduan untuk jangka masa panjang,” titah baginda ketika majlis pelancaran Masjid Diraja Masjid Raja Lumu di Kuala Selangor semalam.
Sultan Selangor turut menekankan perpaduan dalam kalangan orang Melayu amat penting dan perlu dipelihara demi masa depan generasi yang akan datang kerana umat yang berpecah akan membawa kehancuran kepada negara.
Justeru, Sultan Selangor dalam titahnya menyeru seluruh orang Melayu untuk terus merapatkan saf, bersatu-padu, melupakan segala sengketa dan perselisihan faham serta mula memikirkan untuk bangkit semula menjadi satu bangsa yang kuat, bermaruah dan bermatlamat, demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
“Beta mahu semua rakyat beta dapat hidup di negeri beta dalam keadaan selesa, bersatu-padu, harmoni dan menikmati kekayaan negeri ini secara adil dan saksama,” titah baginda.
Mengenai pelancaran Masjid Diraja Masjid Raja Lumu, Sultan Selangor bertitah baginda menamakan masjid itu bersempena dengan nama Raja Lumu yang juga merupakan Sultan Selangor yang pertama, dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah yang memerintah dari 1766 sehingga 1782.
“Ini sangat bertepatan kerana mengikut catatan sejarah, Raja Lumu telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor di Kuala Selangor dan bersemayam di atas Bukit Malawati yang dahulunya dikenali sebagai Bukit Selangor,” titah baginda.
Baginda berharap dengan adanya masjid baharu yang dilengkapi seni bina yang menarik itu, ia mampu menjadi antara daya tarikan utama khususnya penduduk di kariah berkenaan untuk beribadah, dan juga kepada pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke Kuala Selangor.
– Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS Terengganu buat pusingan U, mahu suburkan kembali MN
- Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai akibat hutang [VIDEO]
- Firdaus Wong terima gambar, tangkap layar lucah dari Akhi Fairuz
- Pemimpin DAP berbalah, Guan Eng ‘sound’ Ronnie Liu
- Datuk Bandar Shah Alam ditahan kes tender tebatan banjir: SPRM
- PAS bersedia hadapi PRU tanpa BN-UMNO
- Pensyarah ’lucah’ dipecat, doa saya termakbul – bekas siswi
- PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH
- InsyaAllah PRU sebelum banjir – Zahid
- Pengantin perempuan dirasuk ketika bersanding (Video)
- PAS dengan BN kata lain, dengan PN kata lain
- Bintang filem lucah UK takut mahu berlakon ekoran penularan penyakit sifilis di Eropah
- Ejen kosmetik diculik berjaya diselamatkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah
Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee