1,722 kes baharu Covid-19, dua kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 1,722 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan lapan daripadanya merupakan kes import.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,848,314 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak dua kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,387 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 23,038 kes, dengan 22,011 atau 95.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 979 pesakit ditempatkan di hospital dengan 48 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker