Pas nafi namakan Abdul Hadi calon PM

Pas nafi namakan Abdul Hadi calon PM

Pas menafikan parti itu mengeluarkan satu kenyataan media yang menamakan presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil turut menafikan dakwaan kononnya Pas melahirkan rasa syukur atas keputusan UMNO membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya pada tahun ini.



“Saya baru terima satu kenyataan media pagi ini kononnya kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas bertarikh 2 Oktober 2022.

“Saya mengesahkan bahawa ia adalah palsu dan cubaan menabur fitnah terhadap Pas,” katanya dalam blog peribadinya pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Pas mengulangi tiga pendirian parti itu mengenai politik semasa dengan mengambil kira beberapa faktor situasi negara ketika ini.

Abdul Hadi berkata, pertama, Pas berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tiada keperluan disegerakan. — Sinar Harian



Pas nafi namakan Abdul Hadi calon PM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker