Paluan gendang PRU sampai ke selatan, Pertemuan tertutup Zahid bersam ADUN BN Johor

JOHOR BAHRU – Satu perjumpaan tertutup diadakan melibatkan 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi

Pertemuan tertutup itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana dijadualkan bermula jam 9 malam.

Kenderaan rasmi membawa Presiden UMNO dilihat memasuki pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar kira-kira jam 8.15 malam.

Difahamkan turut hadir menyertai pertemuan tertutup itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian dan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.



Beberapa kenderaan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana.
Beberapa kenderaan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana.

Menurut sumber UMNO Johor, pertemuan tertutup tersebut diadakan bagi membincangkan pembahagian tugas jentera negeri bagi berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu, membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker