Menjelang PRU-15: PM dan Presiden UMNO berpadu memastikan kemenangan BN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan mereka berdua berada di dalam satu barisan yang sama untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, pimpinan parti dan pemimpin-pemimpin parti di dalam kerajaan perlu merapatkan barisan saf serta menjaga kawasan masing-masing bagi mengukuhkan kedudukan parti di peringkat akar umbi.

“Siapa sahaja yang bakal dicalonkan oleh parti nanti, mereka perlu berkerja bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan demonstrasi keupayaan kesiagaan Pasukan Khas Pertahanan di Lapang Sasar Menembak Praktikal, Kem Sungai Besi di sini pada Rabu.

Hishammuddin turut memberi bayangan akan kekal bertanding dan mempertahankan kerusi di Parlimen Sembrong yang dimenanginya sejak 2004.

“Insya-ALLAH saya akan bertanding di Sembrong, dan bagi kepimpinan Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia, seandainya Parlimen dibubarkan pada esok pun kita sudah bersedia,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini memaklumkan Majlis Tertinggi UMNO mahukan supaya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini dan Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker