China tidak akan serang Taiwan dalam masa terdekat

Helikopter tentera China terbang melintasi Pulau Pingtan yang terletak berhampiran dengan Taiwan di wilayah Fujian pada 4 Ogos lalu. – AFP

WASHINGTON – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin menyuarakan keyakinan bahawa China tidak akan menyerang Taiwan walaupun ketegangan di rantau berkenaan kini semakin meningkat, lapor laman berita RT semalam.

“Saya tidak melihat pencerobohan (China ke atas Taiwan) akan berlaku,” katanya dalam satu temu bual bersama  stesen penyiaran CNN.

Tambah Austin, situasi  sekarang adalah Beijing sedang melaksanakan apa yang digelarnya sebagai  ‘norma baharu’ iaitu peningkatan aktiviti (ketenteraan).

“Kami melihat terdapat aktiviti ketenteraan Beijing yang melintasi garisan Selat Taiwan termasuk pencerobohan menggunakan pesawat dan bilangannya bertambah dari semasa ke semasa.



“Kami juga melihat lebih banyak aktiviti menggunakan kenderaan tentera di darat dan laluan air sekitar Taiwan,” kata Austin.

Beijing meningkatkan latihan tenteranya di rantau sekitar Taiwan serta menamatkan kerjasama ketenteraan dan iklim dengan Washington selepas Speaker Dewan Perwakilan  AS, Nancy Pelosi mengadakan lawatan ke Taiwan Ogos lalu.

Pegawai-pegawai  China menyelar lawatan tersebut dengan mendakwa bahawa kunjungan Pelosi  menjejaskan kedaulatan Beijing ke atas Taiwan serta memberi galakan kepada kumpulan pemisah di Taipei.

China selain itu turut berikrar akan merampas semula Taiwan menggunakan kekerasan sekiranya terpaksa.



Sementara itu, Austin memberitahu CNN bahawa Washington akan terus bekerjasama dengan negara-negara sekutunya bagi mengekalkan persekitaran yang bebas dan terbuka di Laut Pasifik.

Tambah beliau, Washington akan cuba membuka semula saluran komunikasi ketenteraan dengan Beijing. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker