Hanya 80 MP dibenarkan sertai sidang Dewan Rakyat pada satu masa

Sebagai sebahagian daripada langkah mencegah penularan Covid-19, hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat dalam satu masa.

Ketetapan itu bermula esok, ketika pembentangan Belanjawan 2021.

Pecahan 80 ahli Parlimen itu merangkumi 41 orang dari kerajaan dan 39 orang dari pembangkang dan bebas, menurut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini.

Pemilihan ahli Parlimen yang menyertai sidang akan ditentukan parti masing-masing dan mereka yang hadir akan diberikan kad khas untuk merekodkan kehadiran.



Kenyataan itu dibaca Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon ketika permulaan sidang hari ini.

Ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan urusan Dewan Rakyat berikutan penularan wabak Covid-19, yang diadakan semalam. Mesyuarat disertai Azhar dan sepuluh ketua whip parti.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan lapan ketetapan lain antaranya sidang disingkatkan iaitu bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada dua petang. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker