Bajet 2023 tetap akan dibentangkan Jumaat ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan bahawa Bajet 2023 tetap akan dibentangkan pada Jumaat ini seperti yang dirancang susulan spekulasi bahawa Dewan Rakyat mungkin dibubarkan tidak lama lagi.

“Bajet tetap akan dibentangkan pada Jumaat ini. Itu pemahaman saya sehingga malam tadi, apa-apa yang berubah tadi selepas pukul 10.30 malam tadi saya tak tahu, sebab itu adalah di luar saya.

“Kami ada mesyuarat pra majlis malam tadi pada jam 10.30 malam.



“Saya adalah individu terakhir bersama perdana menteri, jadi saya tahu bajet akan dibentangkan pada 7 Okt ini,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini..

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sedang berdepan tekanan daripada partinya sendiri, Umno untuk segera mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tahun ini.

Pada 30 Sept lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan supaya Parlimen dibubarkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker