Keputusan kerjasama ditangan PAS sekarang – Zahid

Keputusan kerjasama ditangan PAS sekarang – Zahid

Umno akan kembali ke meja rundingan dengan PAS berhubung kerjasama dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika parti itu memenuhi tiga syarat ditetapkan, kata presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, tiga syarat itu sudah dikemukakan kepada PAS ketika beliau bertemu presiden parti itu, Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Ditanya apakah tiga syarat tersebut, Zahid berkata:”Saya telah nyatakan itu (kepada PAS), lebih baik saya tidak menyebutkannya.

“Mereka (PAS) mengetahui syarat-syarat itu dan kalau mereka memenuhi syarat-syarat itu baharu rundingan boleh dilakukan dengan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penutup “Boot Camp” BNComms.

Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, permuafakatan antara Umno dan PAS untuk menghadapi PRU15 akan “kekal di takuk lama” jika tiada keputusan rasmi daripada PAS.

“Selagi PAS tidak membuat keputusan secara rasmi selagi itu kita tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara-perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti,” katanya. FMT

Keputusan kerjasama ditangan PAS sekarang – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker