Zaharin kata keputusan pemecatan adalah keputusan ‘mee segera’

Dia mendakwa bahawa tidak pernah menerima surat tunjuk sebab atau dirujuk ke lembaga disiplin parti mahupun Umno bahagian Bandar Razak mengemukakan aduan rasmi kepada parti.

“Keputusan ini lebih merupakan keputusan tindakan peribadi presiden dan dikira sebagai keputusan ‘mee segera’.

“Jawabnya tidak. Mulut dan tangan saya tidak akan terhenti kerana tersingkir sebagai ahli Umno.



Malam tadi, Umno membuat keputusan memecat Mohd Zaharin daripada menjadi keahlian Umno berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan Setiusaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara bersetuju memecat Zaharin sebagai ahli parti itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKT memecat Zaharin daripada menjadi ahli Umno berkuat kuasa serta merta mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli Umno di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno,” katanya dalam sidang media di Menara Dato’ Onn, malam tadi.

Dalam pada itu, Zaharin berkata dia tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Umno memecatnya seperti mana sebelum ini.



Untuk rekod, ia merupakan kali ketiga Zaharin dipecat daripada menjadi anggota Umno.

“Begitu juga kali yang ketiga ini. Saya tidak akan merayu sebaliknya saya berterima kasih kepada ahli MKT Umno kerana menyingkirkan saya sebagai ahli Umno. Memberikan saya kemerdekaan menulis dan memberi pandapat.

“Setelah 52 tahun menyokong Umno. Sebagai orang di tanam perkaderan kiri. Saya tahu dan sedar bahawa Umno sebuah parti yang mempertahankan sistem kapitalis (pemodal), parti yang di kuasai oleh elit politik dan bangsawan. Di mana saya mempertahankan sistem itu,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker