PRU15 Tahun Ini? Cuma Tarikh Tu, Tunggulah…- Ismail Sabri

“Tidak ada (syarat)… Di UMNO kita ada ‘top five’, biro politik dan tiada yang berikan syarat.

PRU15 Tahun Ini? Cuma Tarikh Tu, Tunggulah…- Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih berteka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, setakat ini tiada sebarang syarat diletakkan untuk mempercepat pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan UMNO kekal dengan keputusan yang dipersetujui pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi.
“Tidak ada (syarat)… Di UMNO kita ada ‘top five’, biro politik dan tiada yang berikan syarat.

“Kalau kita nak buat pilihan raya ada asas yang kuat untuk dipercepatkan; dan kita setuju secara bersama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Khas Bersama Warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) seluruh negara di Pusat Pameran Konvensyen Matrade, di sini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bera itu berkata, gesaan untuk mempercepatkan PRU15 bukan perkara baharu, dan sering disuarakan oleh UMNO sebelum ini.

“Daripada dulu kita nak percepatkan pilihan raya, UMNO bukan bercakap semalam, (tapi) dari dulu lagi.

“Kita nak kembalikan kepada rakyat untuk beri mandat. Biar rakyat tentukan,” ujarnya lagi.

Mesyuarat MKT UMNO pada Jumaat malam bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan. AA

PRU15 Tahun Ini? Cuma Tarikh Tu, Tunggulah…- Ismail Sabri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker