Lagi ulama PAS menghalalkan ‘sedekah’ pilihanraya

Lagi ulama PAS menghalalkan ‘sedekah’ pilihanraya

Dewan Ulama PAS mendakwa Ahmad Zahid Hamidi berniat mengelirukan orang awam dengan memberikan pandangan sinis terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung isu pemberian wang kepada pengundi.

Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahaya berkata terdapat perbezaan yang jelas di antara amalan rasuah, politik wang dan pemberian sedekah khususnya ketika kempen pilihan raya berjalan.

Menurut Ahmad, Abdul Hadi memang tidak pernah berdolak-dalik dengan pandangannya.

“Apa yang dijelaskan itu telah nyata. Ia tiada kaitan dengan usaha menghalalkan amalan rasuah sebagaimana yang cuba ditohmah oleh Ahmad Zahid.

“Malangnya, Ahmad Zahid sengaja memutarbelitkan kenyataan tersebut supaya mereka dapat membakulkan rasuah dan sedekah dalam satu bahagian yang sama,” katanya.

Dia yang juga ahli parlimen Pokok Sena menambah, Ahmad Zahid sepatutnya lebih arif untuk membezakan di antara elemen rasuah dan politik wang yang merosakkan masyarakat, dengan pemberian sedekah.

“Namun, malangnya dia kelihatan masih keliru dan mengelirukan orang lain,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Kenyataan Ahmad itu adalah respon balas terhadap kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan kenyataan Abdul Hadi sebagai hipokrit dalam isu pengagihan wang tunai oleh partinya kepada pengundi semasa pilihan raya umum lalu dengan mendakwa ia adalah sedekah, justeru tidak melanggar peraturan pilihan raya.

Abdul Hadi dilaporkan berkata peraturan sedia ada hanya melarang calon yang bertanding dan wakil mereka daripada memberi wang tunai kepada pengundi.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed menyifatkan isu tersebut sengaja disensasikan oleh kepimpinan BN dan PH selepas Abdul Hadi diminta mengulas langkah Umno Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU ke-15 di kerusi parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.

“Bahasa yang dipetik (Abdul Hadi) jelas menggunakan laras bahasa biasa dan mudah difahami rakyat kebanyakan.

“Sama ada sengaja membuat geger (bising) atau cuba mengalih isu melibatkan prestasi kerajaan semasa dengan kenyataan demi kenyataan yang bercanggah, apa lagi kecaman hebat terhadap idea madani yang diakronimkan secara tidak wajar dan langsung tiada wow factor.

“Hanya dilihat biasa dan sejujurnya saya jangkakan sesuatu yang berbeza daripada perdana menteri ke-10 tetapi hampa,” ujarnya.

Mohamad Kamal secara sinis turut berpesan agar BN dan PH menyelesaikan dahulu dakwaan-dakwaan mahkamah dihadapi Ahmad Zahid.

“Setidaknya berilah juga ruang kepada meenteri ekonomi (Rafizi Ramli) untuk mendudukkan pimpinan PN selepas sebulan dia membuat cabaran meninggi diri dengan kepandaiannya sebagai ‘pemerhati’ ekonomi sebelum ini dengan 1,001 formula mudah.

“Atau boleh juga selesaikan sahaja isu ayam yang sudah bertelur atau masih enggan,” katanya seperti dilaporkan harakahdaily. Mk

Lagi ulama PAS menghalalkan ‘sedekah’ pilihanraya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akibat Dipukul Polis, Lelaki Ini Hilang ‘Telur’ [VIDEO]

Mati hidup semula: Wanita terkejut lihat mendiang suami dalam video promosi restoran

Minat Tarian Singa Sejak Kecil, Tengok Abang Masuk Pertandingan – Siti Aishah [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker