PRU15 tidak diadakan pada musim tengkujuh – Mahdzir

PRU15 tidak diadakan pada musim tengkujuh – Mahdzir

Mesyuarat jemaah menteri semalam memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak akan diadakan pada musim tengkujuh tahun ini, kata seorang naib presiden Umno.

Menurut Mahdzir Khalid, walaupun tarikh pilihan raya antara topik yang dibincangkan pada mesyuarat itu, isu utama ialah mengenai persiapan menghadapi banjir.

“Biarlah perdana menteri yang umumkan kerana beliau berhak untuk menentukan tarikh (PRU15) yang sesuai.

“Kita memahami berkaitan bencana banjir dan perdana menteri juga mengambil kira atas nasihat daripada pihak Jabatan Meteorologi Malaysia,” kata Mahdzir yang dipetik oleh portal Berita Harian selepas menghadiri satu majlis di Putrajaya malam tadi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mahdzir turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai semua dakwaan yang dibuat di media sosial berhubung banjir.

“Di media sosial, cerita mengenai masalah banjir ini sudah jadi bermacam-macam (cerita), ada yang mengatakan pada Oktober, November dan Disember ini.

“Seeloknya, sumber yang tepat itu biarlah dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Tarikh PRU15 menjadi soalan lazim yang sering ditanya sejak kebelakangan ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara konsisten mendesak supaya pilihan raya umum diadakan awal, dengan berkata, selaku pengerusi BN dia sanggup “meredahi banjir untuk berkempen.”

Pengkritik, bagaimanapun, menyifatkan desakan Zahid sebagai “langkah terdesak” untuk menyelamatkan dirinya daripada pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan rasuah, yang dia sedang dibicarakan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno, sebelum ini berkata dia akan mengadakan pertemuan antara lima pemimpin tertinggi Umno bagi membincangkan tarikh PRU15.

Mereka ialah Zahid, timbalan presiden Mohamad Hasan dan naib presiden Mahdzir, Mohamed Khaled Nordin dan dirinya sendiri. Mk

PRU15 tidak diadakan pada musim tengkujuh – Mahdzir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker