Amerika naikkan kadar faedah 0.75 peratus, dolar melonjak
Amerika naikkan kadar faedah 0.75 peratus, dolar melonjak
Dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras tertinggi baharu dalam tempoh dua dekad dan saham Asia mencecah paras terendah dalam dua tahun dengan jangkaan prospek kadar faedah AS akan terus dinaikkan lebih pantas telah menakutkan pelabur.
Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar penanda aras sebanyak 75 mata asas atau 0.75 peratus, kenaikan sama kali ketiga berturut-turut, dengan pegawai bank pusat mengunjurkan kadar faedah akan mencecah 4.4 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebelum mesyuarat dan 100 mata peratusan lebih tinggi berbanding unjuran Fed tiga bulan lalu.
Dolar AS melonjak, bon jangka pendek dijual besar-besaran dan Wall Street menjunam semalaman, dengan pergerakan itu merebak ke sesi dagangan di Asia.
Mata wang euro menjunam ke paras terendah dalam tempoh 20 tahun pada AS$0.9807 di tengah-tengah kebimbangan perang semakin memuncak di Ukraine selepas Russia menggerakkan pasukan simpanan buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua.
Indeks dolar, yang meningkat dua peratus minggu ini dan hampir 17 peratus tahun ini, melonjak 0.2 peratus ke paras tertinggi baharu dalam 20 tahun pada 111.72.
Harga emas jatuh satu peratus, manakala niaga hadapan S&P 500 merosot 0.8 peratus dan niaga hadapan Eropah menjunam dua peratus.
Pound sterling mencecah paras terendah dalam tempoh 37 tahun, manakala dolar Australia, New Zealand, Kanada dan Singapura berada pada paras paling rendah dalam dua tahun.
Yuan China mencecah paras terendah dalam tempoh dua tahun, manakala yen Jepun berada hampir ke paras paling rendah dalam tempoh 24 tahun ketika pelabur menunggu mesyuarat Bank of Japan. BH
Amerika naikkan kadar faedah 0.75 peratus, dolar melonjak
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET