SADA gagal selesaikan masalah air – BN Kedah

SADA gagal selesaikan masalah air – BN Kedah

Barisan Nasional (BN) Kedah mahu lantikan politik dalam Syarikat Air Darul Aman (Sada) “dikurangkan” selain mencadangkan pengurusan bekalan asas itu dikembalikan semula kepada kerajaan pusat, susulan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah bekalan air.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Kedah Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata kakitangan yang gagal mempamerkan prestasi baik harus dikeluarkan daripada syarikat berkenaan, termasuk ketua pegawai eksekutifnya.



Katanya, Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor diberitahu supaya bersikap lebih tegas dan serius terhadap rungutan rakyat berkaitan krisis air di negeri ini daripada terus-menerus melindungi Sada serta mempertahan kelemahan syarikat itu.

“Sekiranya ia dikepalai individu yang tidak cekap, tidak prihatin dan gagal menyelesaikan masalah, menteri Besar mesti menunjukkan ketegasan. Gantikan dengan mereka yang profesional, lebih layak dan berupaya membawa perubahan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, adalah tidak keterlaluan sekiranya Sada digantikan dengan entiti lain yang lebih berkelayakan sekiranya syarikat itu masih berada di takuk lama.

“Sektor perkhidmatan air di Kedah ini juga boleh dibuka agar lebih kompetitif atau selaku jalan akhir, pulangkan pengurusan air negeri kepada kerajaan persekutuan,” katanya.



Shaiful ketika mengulas lanjut, mencadangkan kuota 30% perlu diberikan kepada golongan profesional dan pemain industri demi meningkatkan kecekapan Sada beroperasi.

“Saya menyarankan agar kuota 30% diberikan kepada golongan profesional dan pemain industri manakala Ahli Lembaga Pengarah daripada latar belakang politik mesti dikurangkan. Ahli Lembaga Pengarah Sada mestilah dipenuhi mereka mempunyai pengetahuan berkenaan pengurusan air.

“Paling penting, kedudukan itu mesti diduduki mereka yang prihatin terhadap isu rakyat dan bukan mereka yang ingin menjadikan Sada sebagai sumber pendapatan pasif”.

Katanya, ketika ini masalah air di Kuala Muda, Kuala Kedah, Pendang, Kulim-Bandar Baharu dan Pendang tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir.



Malah katanya, keadaan dilihat kian serius dan menekan susulan limpahan rungutan kepada kerajaan negeri dan Sada bagai “mencurah air ke daun keladi”.

SADA gagal selesaikan masalah air – BN Kedah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir



Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker