Populariti Jokowi semakin merosot

Populariti Jokowi semakin merosot

Satu kaji selidik mendapati populariti Presiden Joko Widodo (Jokowi) merosot selepas beliau membuat keputusan menaikkan harga petrol yang mencetuskan kemarahan rakyat berikutan kos sara hidup meningkat, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Kaji selidik oleh laman web Indikator Politik itu mendedahkan bahawa penarafan buat Jokowi jatuh 10 peratus kepada 62.6 peratus berbanding 72.3 peratus yang dicatatkan Ogos lalu.

Kaji selidik itu dijalankan dalam kalangan 1,200 responden sepanjang 5 hingga 10 September lalu.

Ia merupakan rating terendah diperoleh Presiden Indonesia tersebut sejak Mei lalu, di mana ketika itu turut terdapat kebimbangan mengenai lonjakan harga minyak masak dan beberapa barangan keperluan asas lain.

Rating rendah kali ini didorong oleh keputusan pemerintah menaikkan harga minyak petrol pada 3 September lalu sehingga mencetuskan bantahan besar-besaran yang disertai oleh beribu-ribu pekerja dan pelajar universiti.

Jokowi mempertahankan langkah itu dengan berkata, kenaikan harga petrol merupakan pilihan terakhir yang ada untuk mengurangkan bil subsidi tenaga, walaupun rakyat Indonesia sudah pun berdepan inflasi terburuk dalam tempoh tujuh tahun.

Ketidakpuasan hati rakyat berikutan kenaikan harga dilihat boleh mengukuhkan penentangan terhadap cadangan beberapa ahli politik kanan agar Jokowi melanjutkan penggal pentadbiran beliau. Jokowi kini dalam penggal kedua dan terakhirnya sebagai Presiden Indonesia.

Sebilangan penyokong beliau menyokong cadangan mengubah Perlembagaan bagi membolehkan lanjutan itu dilakukan. – Agensi

Populariti Jokowi semakin merosot


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker