Ismail ketuai delegasi ke UNGA

Ismail ketuai delegasi ke UNGA

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan berucap dalam Perhimpunan Agung PBB pada Jumaat. (Gambar AP)
NEW YORK: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 di sini.

Beliau akan menyertai pemimpin dunia dari lebih 150 negara yang mula tiba di bandar itu pada Selasa, selepas pandemik Covid-19 membuatkan mereka terpaksa berucap pada perhimpunan tahunan itu secara maya sejak dua tahun lepas.



Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata, tema sesi ke-77 itu “Detik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait” tepat pada masanya dan membolehkan negara anggota memanfaatkan platform pelbagai hala itu untuk menangani isu dihadapi dunia.

“Perhimpunan ini sentiasa memberi penekanan terhadap komitmen kolektif yang dibuat pemimpin dunia untuk menangani cabaran pandemik Covid-19, konflik Rusia-Ukraine dan perubahan iklim,” katanya kepada media Malaysia di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB pada Selasa.

Saifuddin berkata, sesi ini akan menjadi penampilan kedua perdana menteri di PBB, selepas menghadirinya secara maya pada sesi ke-76 tahun lepas berikutan pandemik Covid-19.

Antara pemimpin yang berucap di UNGA pada Selasa ialah Presiden Brazil Jair Bolsonaro, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Presiden Perancis Emmanuel Macron, manakala Presiden Amerika Syarikat Joe Biden akan berucap pada Rabu.



Menurut Saifuddin, perdana menteri yang dijadualkan tiba di sini pada Khamis untuk lawatan tiga hari, akan menyampaikan Kenyataan Negara semasa sesi debat umum pada Jumaat dalam bahasa Melayu, inisiatif beliau sendiri untuk mempromosikan bahasa Melayu di pentas antarabangsa seperti PBB.

Katanya, Ismail dijangka berkongsi dalam ucapannya, beberapa pengalaman Malaysia dalam menangani pandemik dan cabaran global, serta mengetengahkan penyelesaian kepada konflik global seperti situasi di Ukraine, Palestin dan Myanmar.

“Perdana menteri juga akan menggariskan kepentingan konsep kewujudan bersama secara aman dalam menyelesaikan pertikaian secara aman bagi mewujudkan sebuah keluarga negara,” katanya.

Pada acara luar UNGA, perdana menteri dijadualkan bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Jumaat dan kedua-dua pemimpin akan menyaksikan majlis menandatangani empat memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dengan Palestin, iaitu penubuhan mesyuarat Jawatankuasa Bersama, Kerjasama dalam Bidang Kesihatan, Pelancongan dan Hal Ehwal Islam.



Beliau juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada Khamis dan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte pada Jumaat.

Saifuddin berkata, buat kali pertama, delegasi rasmi Malaysia ke Unga turut terdiri daripada dua wakil belia sebagai sebahagian daripada langkah PBB untuk memperkasa belia.

Perdana menteri juga akan menjadi hos majlis makan malam :Keluarga Malaysia” untuk diaspora Malaysia di New York. FMT

Ismail ketuai delegasi ke UNGA




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor



Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker