Ekonomi dunia dijangka perlahan pada 2023 – Tengku Zafrul
The worse yet to come
Ekonomi dunia dijangka perlahan pada 2023 – Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menolak dakwaan Malaysia sedang berada dalam krisis ekonomi, namun menyatakan prospek ekonomi pada 2023 dijangka lebih mencabar kepada semua negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini, sambil menyatakan Bajet 2023 akan merangkumi pendekatan menangani kelembapan ekonomi global akan datang.
“Kita perlu bersiap sedia pada 2023, ia akan menjadi tahun mencabar. Apa yang berlaku di Amerika Syarikat, China dan Eropah akan memberi kesan kepada ekonomi global, termasuk Malaysia.
“Untuk berkata kita tidak akan terkesan dengan kelembapan ekonomi global bukan realiti, kita akan terkesan, semua negara di dunia juga begitu,” katanya.
Beliau menekankan beberapa kesan yang berlaku pada krisis ekonomi 2008 ditangani melalui pertumbuhan ekonomi China pada kadar 8%, namun semua ekonomi besar dunia dijangka berdepan kelembapan, tahun depan.
“(Ekonomi) Eropah, Amerika Syarikat dan China semuanya dijangka perlahan pada 2023 berbanding 2022, bagaimanapun ini semua ramalan. (Kini) Baru September.”
Sambil menolak dakwaan negara mengalami krisis ekonomi, Tengku Zafrul merujuk kepada pertumbuhan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang positif, pada suku pertama, 5.0% dan suku kedua, 8.9%, tahun ini.
Katanya, berdasarkan tahap pemulihan, pertumbuhan ekonomi negara dijangka melebihi ramalan.
Tengku Zafrul juga membandingkan situasi ekonomi semasa negara dengan krisis kewangan melanda Asia, pada 1997.
“Pada 1997, ringgit jatuh kepada 53.8%, manakala kadar faedah melambung kepada 11% dan KDNK juga negatif 7.4%. Kadar faedah ketika ini pada 2.5% dan KDNK pada suku kedua 8.9%.
“Jadi, kita tahu apa itu krisis (gambaran krisis), kita pernah alaminya pada 1997. Dalam krisis, kadar faedah akan meningkat 11%, mata wang kita akan menjunam hampir 54%.” FMT
Ekonomi dunia dijangka perlahan pada 2023 – Tengku Zafrul
Baca Artikel Menarik:
- Perak kaya atau Teong Kim tiada kerja – TMJ
- Ringgit jatuh ke paras RM4.56 berbanding dolar AS
- Najib sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Suami bunuh diri, wasiat isteri bayarkan hutang
- Bekas Presiden MCA sertai Warisan?
- Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi
- Adakah Pas anggap Muhyiddin musuh utamanya sekarang? – Asyraf
- BN tak akan bekerjasama dengan PBM – Isham
- Pemandu samseng jalanan di Bandar Tun Hussein Onn diburu Polis
- Janda diserang dan ditetak bekas suami di tepi jalan
- Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto, RM182 bilion lesap
- Dulu nak Mora out, sekarang nak balik
- Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa
- Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen
- Adik maut dilibas abang guna parang sabit
- Jangan sampai dipijak orang ketiga – Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET