Apple naikkan harga aplikasi di App Store bulan depan

Apple naikkan harga aplikasi di App Store bulan depan

Apple Inc akan menaikkan harga aplikasi dan pembelian dalam aplikasi di App Store bermula bulan depan di semua zon euro dan sebahagian negara di Asia serta Amerika Selatan.

Harga baharu itu, tidak termasuk langganan pembaharuan automatik, akan berkuat kuasa seawal 5 Oktober, kata Apple dalam satu hantaran blog.



Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu secara berkala menyelaraskan harganya di beberapa rantau dan menurunkan harga di negara-negara zon euro tahun lalu bagi diselaraskan dengan mata wang dan cukai, dengan penurunan bagi kebanyakan aplikasi kepada 99 euro cents daripada 1.09 euro.

Pelarasan harga terkini itu akan menjadikan harga bermula dinaikkan kepada 1.19 euro.

Peningkatan pantas inflasi, kadar faedah dan harga tenaga tahun ini telah menjejaskan yen, euro dan mata wang kebanyakan ekonomi baru muncul.

Mata wang euro jatuh ke paras terendah dalam tempoh dua dekad tahun ini dan hampir menyamai dolar Amerika Syarikat (AS) selama beberapa minggu.



Selain daripada negara-negara zon euro, kenaikan harga akan menjejaskan Sweden dan Poland di Eropah; Jepun, Malaysia, Pakistan, Korea Selatan dan Vietnam di Asia; serta China di Amerika Selatan.

Bagi beberapa negara seperti Vietnam, kenaikan harga adalah disebabkan oleh peraturan baharu berkaitan kutipan cukai daripada pengguna, kata Apple.

Apple, yang melancarkan generasi terbaharu iPhone awal bulan ini, sedang membangunkan perniagaan perkhidmatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada telefon pintar.

Pendapatan daripada perniagaan perkhidmatan Apple, termasuk App Store, berkembang pantas sejak beberapa tahun lalu dan kini mencecah kira-kira AS$20 bilion pada setiap suku. BH



Apple naikkan harga aplikasi di App Store bulan depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor



Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker