Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen

Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak bebas melaksanakan hala tuju ekonomi negara kerana kebanyakan cadangan dibantah oleh pemimpin dalam kerajaan, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Bung Moktar Radin.

Bung mendakwa, Ismail tidak mempunyai kuasa mutlak dalam apa saja yang dirancang kerana perlu mendapat persetujuan pemimpin lain termasuk Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara (MPN).

“Dakwaan Muhyiddin yang mengatakan Ismail gagal mentadbir negara itu tidak benar, sebab perdana menteri tiada kuasa mutlak untuk apa saja yang dirancang kerana pertama, mesti mendapat persetujuan Muhyiddin dan pemimpin lain.

“Kedua, perdana menteri tidak bebas melaksanakan hala tuju ekonomi sebab kebanyakan cadangan dibantah oleh rakan dalam kerajaan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Muhyiddin supaya perdana menteri segera membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, sudah tiba masanya untuk Ismail membubarkan Parlimen kerana kerajaan yang ada pada masa kini bukanlah yang dipilih rakyat.

“Perdana menteri tidak boleh melakukan sesuatu tanpa berunding terlebih dahulu dengan parti yang mendukung kerajaan hari ini, sebab itu ramai melihat kerajaan sementara ini tidak boleh mentadbir terlalu lama sebab banyak faktor negatif akan berlaku,” dakwanya.

“Jalan terbaik ialah perdana menteri mesti membubarkan Parlimen dan adakan pilihan raya tahun ini.”

Terdahulu, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyarankan Ismail membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15, jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

“Barisan Nasional (BN) sedang menekan perdana menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan. Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak perdana menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi, saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, kenyataan bekas perdana menteri itu dibalas Ismail yang mengatakan semua pihak termasuk Muhyiddin bertanggungjawab ke atas pentadbiran kerajaan termasuk perkara melibatkan ekonomi dan negara.

Katanya, jika kerajaan dikatakan gagal menguruskan ekonomi dan negara, ia bermakna MPN yang dipengerusikan Muhyiddin juga gagal apabila ditugaskan menjadi penasihat kepada kerajaan. FMT

Banyak cadangan PM dibantah rakan kerajaan, elok bubar saja Parlimen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker