TLDM sertai eksesais ketenteraan berskala besar


TLDM sertai eksesais ketenteraan berskala besar

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi menyertai eksesais berskala besar di peringkat antarabangsa tahun ini iaitu Eksesais KAKADU 2022 (KA22) di Darwin, Australia.

Eksesais selama 15 hari itu yang bermula Isnin lalu adalah selepas penyertaan TLDM dalam Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 di Hawaii, Amerika Syarikat, Ogos lepas yang melibatkan kapal jenis korvet iaitu Kapal Diraja (KD) Lekir.

Kali ini TLDM menghantar kapal jenis frigat, KD Lekiu yang merupakan penyertaan kali kedua bagi kapal tersebut dan kelima bagi TLDM sejak 2001.

TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan, KD Lekiu memulakan pelayaran dari Tambatan Pangkalan TLDM Lumut pada 23 Ogos lepas dan tiba di Darwin Isnin lalu.

“Pelayaran KD Lekiu ke Darwin membuktikan kemampuan TLDM untuk turut serta dalam latihan ketenteraan terbesar Australia yang melibatkan negara-negara rantau Indo-Pasifik,” kata angkatan itu dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, KD Lekiu turut terlibat dalam Eksesais MALINDO JAYA 26/22 di Surabaya, Indonesia minggu lalu.

“Pelbagai aktiviti dirancang dalam eksesais itu yang bukan sahaja melibatkan latihan ketenteraan tetapi menekankan aspek kerjasama, kepemimpinan dan persahabatan di antara negara yang terlibat,” ujarnya.

Kelmarin, katanya, KD Lekiu turut terlibat dalam latihan penembakan meriam dan berjaya mengenai sasaran.

Sementara itu Panglima Tentera Laut Australia, Mark Hammond ketika berucap pada pembukaan eksesais tersebut berkata, Eksesais Kakadu menyediakan peluang yang sangat baik untuk rakan serantau menjalankan aktiviti maritim multinasional merangkumi operasi penguatkuasaan hingga kepada peperangan maritim bertaraf tinggi dalam persekitaran gabungan.

KA22 adalah eksesais dwi tahunan anjuran Australia diketuai Tentera Laut Diraja Australia dan dibantu Tentera Udara Diraja Australia yang melibatkan negara-negara Indo-Pasifik dengan melibatkan seramai 3000 peserta, 15 kapal dan lebih daripada 30 pesawat dari 20 buah negara. Utusan

TLDM sertai eksesais ketenteraan berskala besar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker