Pencuri duit tabung masjid diminta tampil runding, minta maaf

HAMZAH Mohamad menunjukkan wajah pelaku dalam kes kecurian duit tabung Masjid Kariah Tanah Datar, Chengkau, Rembau

REMBAU: Pihak Masjid Kariah Tanah Datar, Chengkau di sini meminta seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri duit dari tabung masjid itu supaya tampil berunding dan memohon maaf.

Bilal masjid, Hamzah Mohamad, 63, berkata, video kejadian tersebut juga tular dalam media sosial yang jelas memaparkan aksi seorang lelaki yang tidak memakai pelitup muka sedang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

Jelasnya, video berdurasi dua minit enam saat ditularkan sendiri beberapa ahli jawatankuasa masjid tersebut selepas kejadian itu berlaku pada 11 September lalu.

“Mungkin pelaku tersebut dalam keadaan tidak tentu arah, ada masalah rumah tangga dan perlukan wang. Jadi kami mahu tahu apa masalahnya dan dia pun boleh minta maaf dengan pihak masjid. Kami akan cari penyelesaian tanpa mengambil tindakan undang-undang.

“Pada bulan lepas juga ada juga kes kecurian duit dari tabung masjid dan kami difahamkan pelakunya sudah ditangkap di Johor baru-baru ini,” katanya ketika ditemui hari ini.



Jelasnya, hasil pemerhatian daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian tersebut berlaku pada waktu siang.

Hamzah berkata, dia hanya menyedari kejadian tersebut semasa ingin mengutip duit tabung selepas waktu Isyak dan mendapati mangga tabung sudah dipecahkan.

“Saya tidak tahu berapa jumlah wang yang dicuri tetapi apa yang penting sekarang ini, pihak masjid harap pelaku dapat datang ke masjid ini dan berbincang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berkenaan kejadian itu.

Bagaimanapun menurut beliau, polis menangkap seorang lelaki semalam di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Johor bagi membantu siasatan kes pecah tabung masjid yang sama yang berlaku pada bulan lalu.



“Tangkapan lelaki berusia 30 tahun dibuat pada pukul 1 petang. Dalam siasatan dijalankan, suspek mengaku terlibat dalam 13 kes pecah tabung masjid di sekitar Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?



Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker