Ismail Sabri bidas kembali Muhyiddin, jika kerajaan gagal berpunca daripada Bersatu

Menteri yang bertanggungjawab dengan ekonomi adalah daripada Bersatu

 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika benar kerajaan gagal menguruskan ekonomi seperti didakwa ahli parlimen Pagoh itu, Bersatu turut ‘menyumbang’ kepada situasi tersebut.

Bercakap kepada media di Putrajaya, Ismail Sabri mengingatkan, dalam kabinet sekarang, ada beberapa pemimpin Bersatu turut menganggotainya.



Kata perdana menteri, tugas menangani ekonomi Malaysia bukanlah terletak pada bahunya seorang, sebaliknya turut dikongsi ramai menteri.

Seorang daripada mereka, menurut naib presiden Umno itu lagi, ialah ahli parlimen Bersatu, Mustapa Mohamed, yang juga ahli parlimen Jeli.

Ketika ini Mustapa diberi tanggungjawab sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan pengkhususan bidang hal ehwal ekonomi.

“Mengenai ekonomi, kita ada Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menguruskan ekonomi.



“Kita juga ada Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Muhyiddin sendiri,” katanya.

Tambah Ismail Sabri, MPN itu bertanggungjawab menasihatkan kerajaan mengenai pelbagai perkara termasuk berkaitan sektor ekonomi.

Justeru katanya lagi jika kerajaan dianggap gagal menangani krisis yang berlaku sekarang, MPN turut bertanggungjawab ke atas isu berkenaan.

“Kalau (saya) gagal, maksudnya kita semua gagallah, termasuk MPEN juga,” katanya.



Belum sampai tahap mendesak

Ahli parlimen Bera itu juga memberitahu media, dia tidak tahu motif di sebalik kenyataan dibuat Muhyiddin mengenai dirinya pagi tadi dan setakat ini tidak memiliki maklumat lanjut mengenainya.

Pagi tadi Muhyiddin berkata, Ismail Sabri terus gagal menguruskan masalah ekonomi negara ketika semakin ramai rakyat bergelut dengan kesusahan hidup.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional mendakwa, ada bermacam isu sedang dihadapi rakyat di negara ini namun perdana menteri dilihat tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang penting untuk diatasi.



Pada masa yang sama, kata Muhyiddin, BN giat mendesak Ismail Sabri agar menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

“Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak perdana menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya (umum) diadakan supaya sebuah kerajaan baru yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya.

Pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN itu diumum Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, pada 4 Sept 2021 selepas mendapat perkenan Agong.



Jawatan Muhyiddin itu, kata Mohd Zuki, bertaraf menteri.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker