Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis
KLANG: Dendam dipercayai menjadi motif seorang wanita merancang pembunuhan suaminya yang maut ditikam lebih 14 kali di rumah mereka di Taman Aneka Baru, Sungai Udang di sini, Khamis lalu.
Nyawa mangsa berusia 41 tahun itu melayang selepas suspek disyaki mengupah beberapa lelaki untuk berpura-pura merompak dan membunuhnya.
Helah licik wanita tempatan berusia 37 tahun itu bagaimanapun terbongkar selepas dicekup polis pada hari kejadian.
Kata beliau, siasatan awal menerusi keterangan isteri mangsa mendapati, dua lelaki bertopeng memasuki pintu depan dengan bersenjatakan pisau lalu menikam lelaki itu.
“Suspek dikatakan menggeledah bilik dan mengambil pelbagai beg tangan berjenama, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM40,000.
Jelas Arjunaidi, siasatan lanjut bagaimanapun membongkar kejadian sebenar apabila isteri mangsa dipercayai membuat perancangan dan persiapan untuk pembunuhan suaminya sendiri.
“Wanita itu memberi maklumat mengenai individu yang terlibat dan dia bersama empat lelaki berusia 20 tahun hingga 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Mereka ditahan secara berasingan di sekitar Klang dan Negeri Sembilan selepas kejadian bunuh itu,” ujarnya.
Beliau berkata, polis turut merampas BMW yang digunakan suspek selain beg tangan dan barang kemas yang dilarikan ketika kejadian.
“Kesemua suspek termasuk empat yang memiliki pelbagai rekod jenayah lampau direman lima hari bagi membantu siasatan. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu membunuh serta rompakan berkumpulan bersenjata,” katanya.
Tambah Arjunaidi, motif kejadian dipercayai mempunyai unsur dendam dan kepentingan diri.
“Polis mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat lebih 14 tikaman di badan dengan senjata tajam. Siasatan masih dijalankan dan akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?
You must be logged in to post a comment.