Covid-19: Varian BA.2.75 kini dikesan di Thailand

BANGKOK – Kes pertama membabitkan varian Omicron BA.2.75 telah dikesan di wilayah Trang, Thailand.

Pusat Perubatan Genom di Hospital Ramathibodi memaklumkan sampel itu dikesan menerusi spesimen yang dikumpul pada 28 Jun.

“Analisis penjujukan genom mengesahkan sampel itu merupakan varian BA.2.75,” menurut pusat perubatan itu dalam satu kenyataan.



Varian BA.2.75 yang dikenali sebagai Centaurus pertama kali dikesan di India pada awal Mei dan telah merebak ke Singapura, Jepun, Jerman, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia serta New Zealand.

Menurut pakar perubatan, varian BA.2.75 dijangka merebak dengan cepat dan mempunyai keupayaan mengganggu sistem imun yang dihasilkan oleh vaksin. – Bernama

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker