UMNO masih boleh berunding dengan PAS, syaratnya tanpa Bersatu

Rizalman berkata Bersatu tidak boleh ada sekali

UMNO masih boleh berunding dengan PAS, syaratnya tanpa Bersatu

UMNO perlu terus membuka ruang untuk berunding dengan PAS dalam memperkasa Muafakat Nasional (MN) dan berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, kerjasama berkenaan mestilah tidak membabitkan BERSATU.



Perkara itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar, selepas beberapa Ketua UMNO bahagian mendesak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menutup terus semua pintu rundingan dengan PAS.

Rizalman menjelaskan, walaupun secara dasarnya sudah ada keputusan dibuat di peringkat tertinggi parti mengenai kerjasama politik UMNO dan PAS, beliau berpandangan ia boleh diubah berlandaskan kesesuaian semasa dan perincian data yang ada.

“Jika bergabung boleh mendatangkan kemenangan selesa kepada Barisan Nasional (BN), kenapa perlu kita tolak peluang yang ada.

“Soal pembahagian kerusi boleh dibincangkan secara terperinci antara dua parti tanpa membabitkan parti lain, supaya keputusan diperoleh kelak boleh menguntungkan ummah.



“Asas rundingan boleh dimulakan melalu persefahaman, yang mana PAS perlu hormat pendirian UMNO untuk menolak BERSATU dan UMNO juga perlu memahami pendirian PAS menolak AMANAH,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, beberapa Ketua UMNO bahagian mendesak MKT menutup terus semua pintu rundingan dengan PAS bagi menghadapi PRU-15. Antaranya ialah Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman.

Mereka berpendapat, MKT perlu akur dengan kehendak ahli akar umbi, yang memutuskan supaya tiada kerjasama dengan parti itu dan tiada kewajaran lagi untuk rundingan kerusi PRU diadakan.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dilapor berkata, parti itu bersedia berunding dengan BN dalam menentukan hala tuju 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal, bagi mengelakkan pertembungan.



Apa pun boleh berlaku dalam politik

Ditanya mengenai tindakan PAS yang dilihat bermain di dua kolam sebelum ini membabitkan kerjasama dengan BERSATU, yang menyebabkan ada pemimpin UMNO yang tawar hati, Rizalman berkata, apa pun boleh berlaku dalam politik.

“Mungkin strategi mereka dilihat sebagai parti yang mementingkan penyatuan ummah, namun pada masa sama, PAS menolak AMANAH untuk sama-sama terbabit dalam penyatuan ummah.

“UMNO boleh berunding dengan PAS, dengan syarat PAS tidak membabitkan BERSATU dalam rundingan ini,” katanya.



Mengula sisu sama, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Seri Izudin Ishak, berkata beliau akan menyokong sebarang keputusan MKT berhubung perkara itu.

“Saya orang parti. Persetujuan saya mengikut pucuk pimpinan parti,” katanya.

Sementara itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata MKT akan membuat keputusan terbaik berhubung kedudukan kerjasama antara UMNO dan PAS itu.

Katanya, setakat ini, tiada keputusan muktamad oleh MKT berhubung isu berkenaan dan mana-mana bahagian UMNO bebas menyuarakan pandangan mereka.



“Dalam Perhimpunan Agung UMNO pun, ada pelbagai pandangan, bukan satu pandangan saja. Akhirnya nanti, MKT akan membuat keputusan mana yang terbaik,” katanya. BH

UMNO masih boleh berunding dengan PAS, syaratnya tanpa Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker