PAC bebas siasat isu kapal OPV – PM
PAC bebas siasat isu kapal OPV – PM
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) diberi ruang sepenuhnya menyiasat isu pembinaan tiga buah Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersikap terbuka dan langsung tidak menghalang PAC untuk menjalankan siasatan terhadap sebarang isu.
Namun, setakat ini kata beliau, PAC belum memanggil mana-mana pihak yang terlibat dengan pembinaan kapal tersebut.
“Belum lagi, PAC adalah satu badan bebas terdiri daripada ahli Parlimen, wakil kerajaan dan pembangkang dan dipengerusikan pembangkang.
“PAC berhak memanggil mana-mana jabatan dan agensi kerajaan kalau ada yang berkaitan, yang perlu dapat penjelasan, terserah kepada PAC,” katanya ketika menemui pemberita selepas Perhimpunan Semangat Patriotik Pelajar IPT di Universiti Pertahanan Awam Sungai Besi, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, kapal itu sepatutnya sudah hampir disiapkan namun belum dapat diserahkan buat masa ini.
“Kita dimaklumkan ia dalam pembinaan dan sepatutnya sudah siap beberapa (kapal) dalam masa terdekat.
“Jadi, kita tunggulah, saya pun tak dapat gambaran terperinci lagi,” katanya.
Semalam, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, tiga kapal OPV masih dalam pembinaan.
Katanya, kapal OPV 1 dijangka diserahkan kepada Maritim Malaysia awal tahun depan manakala OPV 2 dan OPV 3 diserahkan secara berperingkat.
Ini setelah Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menggesa PAC menyiasat projek pembinaan tiga kapal OPV yang tertunda selama dua tahun.
Ahli Jawatankuasa PAC, Ahmad Hassan berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai kelewatan pembinaannya sebelum memulakan siasatan rasmi bagi mengenal pasti sama ada projek itu berdepan masalah sama seperti projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Utusan
PAC bebas siasat isu kapal OPV – PM
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan