MT Umno tentukan jika mahu runding dengan PAS – Ismail Sabri
MT Umno tentukan jika mahu runding dengan PAS – Ismail Sabri
Keputusan sama ada pintu rundingan antara Umno dan PAS ditutup atau tidak, hanya boleh ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (MT), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Perdana Menteri berkata perkara itu mungkin akan dibawa ke mesyuarat MT yang akan datang.
“Kita serah kepada MT, kita dengar pandangan daripada semua pihak, Umno ini memang macam itu, kita terbuka…sesiapa sahaja boleh beri pandangan, akhirnya dari segi keputusan parti, ia akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi.
“Jadi kita tangguh mesyuarat hari Sabtu, malam minggu ini dan akan ditangguhkan kepada tarikh yang akan diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri Ahmad Maslan).
“Jadi mungkin perkara itu boleh dibawa di dalam mesyuarat MT yang akan datang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022 di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkenaan MT Umno disaran menutup pintu rundingan dengan PAS berkaitan hala tuju 27 kerusi Parlimen yang didakwa kritikal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Malam tadi, Ismail Sabri berkata perjumpaan lima pemimpin tertinggi Umno bagi membincangkan berkenaan PRU15 yang dijadual Sabtu ini ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Menurutnya ia susulan pemakluman daripada Setiausaha Agung Umno bahawa Mesyuarat MT Khas yang dijadual pada hari sama ditangguh. Mk
MT Umno tentukan jika mahu runding dengan PAS – Ismail Sabri
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan