Aniaya kanak-kanak OKU, kakitangan pusat jagaan ditahan
Aniaya kanak-kanak OKU, kakitangan pusat jagaan ditahan
Kuala Terengganu: Wanita ditahan selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah jagaan di daerah ini.
Suspek berusia 34 tahun yang juga kakitangan di pusat berkenaan ditahan di rumahnya kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun itu dikatakan menjadi mangsa penganiayaan secara fizikal dalam tempoh antara Julai hingga Ogos lalu.
Beliau berkata, pihak pusat perlindungan sebelum ini membuat siasatan dalaman sebelum membongkar perbuatan suspek.
“Susulan siasatan itu, kakitangan pusat jagaan tampil membuat laporan polis jam 3.20 petang semalam.
“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Mangsa juga sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. HM
Aniaya kanak-kanak OKU, kakitangan pusat jagaan ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Cabut ‘tittle’ PU, Imam Muda, Ustaz yang tak boleh kawal nafsu
- Pemandu bas ditahan rogol kanak-kanan 3 tahun
- Lelaki berang ditolak jadi penumpang oleh 23 pemandu teksi
- Akar umbi atau ‘warlord’ Umno lebih penting kepada PM?
- Gula-gula bergelatin babi, berlogo halal bikin netizen bimbang
- PAS terdesak guna momokan ‘13 Mei’ menjelang PRU15 – penganalisis
- Khairy calon Parlimen Alor Setar?
- Sami mati dipijak gajah naik minyak
- Bayar hak kami atau jumpa di mahkamah
- Raja Charles III diramal mangkat pada 28 Mac 2026
- Kemunculan pertama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah
- Peniaga Terlampau Lempar Botol Sos Pada Rider
- 5 Perkahwinan Termahal Selebriti Malaysia, No 4 Paling Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida
Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan
You must be logged in to post a comment.